THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Monday, May 7, 2007

Aktiviti Asrama SMK Kamil 2007

Bermula dari 1 hingga 5 Mei 2007, Unit Asrama telah menganjurkan pertandingan Permainan,Bahas,Forum,Tadarus,Explorace,Keceriaan Dorm,Senamrobik,Sukaneka serta tayangan perdana sebagai salah satu aktiviti pelajar-pelajar yang menghuni asrama sekolah.Penyampaian hadiah kepada pelajar yang menang disempurnakan oleh Tuan pengetua pada hari perhimpunan 6 Mei 2007.Aktiviti dijalankan kebetulan minggu tersebut pelajar tidak pulang ke rumah.Mengikut Warden Pn Zaidah Bt Alias aktiviti berjalan dengan lancar serta pelajar telah sanggup menyumbang tenaga serta kewangan bagi menjayakan program tersebut.

2 comments:

umi zaidah said...

Pengawas-pengawas asrama memainkan peranan utama dalam menjayakan aktiviti di asrama. Aktiviti senamrobik menggunakan instruktur dari luar yang dijemput khas untuk mengendalikan program tersebut yang diadakan di dewan besar. Pertandingan bola jaring melibatkan guru SMK Kamil iaitu Pn Kamariah bt Yusof yang bertindak selaku pengadil. Sepanjang empat hari aktiviti dijalankan pelajar-pelajar memberi komitmen yang cukup baik. justeru itu program seumpana ini akan dijalankan lagi pada masa akan datang.

Unknown said...

Asrama Putera turut terlibat menganjurkan pertandingan badminton perseorangan dan beregu antara dorm. Perlawanan ini dijalankan bermula pada 21 hingga 23 April 2007. Para pemenang akan menerima hadiah pada satu majlis perhimpunan akan datang. Pada 5 hingga 10 Mei 2007, pertandingan bola tampar antara dorm turut dijalankan. Aktiviti-aktiviti pertandingan sangat digalakkan di kalangan pelajar asrama. Tujuan utama aktiviti perlawanan adalah untuk memilih wakil asrama ke pertandingan ASAT 2007 (Anugerah Seri Asrama Terbilang). Pertandingan ini dianjurkan serta dikelolakan oleh AJK Biro Sukan dan Permainan Asrama. Komitmen pelajar aspura untuk aktiviti permainan sangat baik. Semua aktiviti pelajar asrama akan diselaraskan oleh warden yang bertindak selaku penasihat. Banyak lagi aktiviti ko-kurikulum yang sudah dirancang dan akan dilaksanakan secara berjadual.