THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Thursday, May 17, 2007

Aktiviti Asrama

Asrama SMK Kamil telah menganjurkan pertandingan dorm tercantik sepanjang bulan April hingga bulan Mei 2007. Pertandingan ini dijalankan bertujuan untuk memupuk budaya menjadikan kamar atau dorm sentiasa bersih, ceria dan menarik untuk didiami dengan selesa. Ahli-ahli dorm akan sentiasa bekerjsama menjalankan rutin harian menceriakan dorm. Warden-warden dan penyelia asrama akan memantau dan menilai untuk memilih dorm yang paling bersih, kemas dan ceria. Melalui aktiviti ini asrama dapat menunjukkan contoh keadaan dorm yang sepatutnya wujud di asrama. Penghuni asarama akan terus dilatih untuk meningkatkan kualiti kebersihan dan keceriaan dorm sepanjang masa.

Oleh En Wan Ahmad Radzi ;Warden Asrama

0 comments: