THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Sunday, March 28, 2010

MSSD kali ke 2 2010


SMK Kamil telah menghantar seramai 40 orang wakil ke kejohanan MSSD PPuteh kali kedua yang berlangsung di SMK Jeram.Pasukan sekolah telah berjaya memungut 7 pingat emas, 10 pingat perak dan 8 pingat gangsa. Pasukan sekolah telah berjaya memecah rekod MSSD dalam 3 acara iaitu Cakera 18L(Muaz B Sobri);Lompat Tinggi 15P(Noramirah Bt Mat Jubin) dan acara 400m L15(Saifudin B Salam). 10 pelajar terpilih mewakili daerah ke MSSK.

Minggu Antidadah 2010


Pada 21-25 Mac 2010 telah berlangsung Program Minggu Antidadahah peringkat sekolah.Tema tahun ini ialah '1 Malaysia membenteras dadah'.Untuk program yang lebih lanjut sila rujuk facebook.

Sunday, March 21, 2010

SPM Kamil 100%

SMK Kamil buat kali ke 8 tahun mengekalkan 100 peratus keputusan cemerlang dengan GPS 3.73.Bilangan calon tahun 2009 adalah seramai 265 orang. 2 orang calon mendapat 10 A.Mereka adalah Nor Amalina Bt Shamsuddin(PNG 3.95) serta Yap Wei Yin(PNG 3.75).13 orang pelajar diiktiraf sebagai mendapat pencapaian terbaik iaitu 10 A dan 9 A.

Wednesday, March 3, 2010

STPM SMK Kamil 100 Peratus

SMK Kamil buat kali ke 4 tahun berturut-turut mengekalkan keputusan 100 peratus dalam peperiksaan STPM yang diumumkan pada hari Khamis minggu lepas.Seramai 2 orang calon telah mendapat 4P serta 17 orang calon mendapat 3P.Jumlah calon adalah seramai 32 orang.Pelajar terbaik mengikut PNGK/4 ialah NUR SYAHIRA BT MOHD YUSOF dengan PNGK/4 nya 3.17.

Tuesday, March 2, 2010

Lawatan Penanda Aras Tg 6 SMK Ismail Petra

Pada hari Ahad lepas Sekolah SMK Kamil telah dilawati oleh SMK Ismail Petra, Kota Bharu sebagai lawatan Penanda Aras.Gambar selebihnya sila ke facebook Smkkamil.