THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Monday, January 3, 2011

Perutusan Tahun Baru 2011 Pengetua SMK Kamil


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera dan salam 1 Malaysia.
Bersyukur saya ke hadrat ilahi kerana dengan izin dan limpah kurnianya, SMK Kamil melangkah ke tahun 2011.

Impian sekolah adalah untuk membentuk sebuah organisasi yang mampu mengadaptasi, dinamik, dan berkembang sebagai respons kepada keperluan dan aspirasi pendidikan. Saya berkeyakinan bahawa dengan segala usaha dan perancangan untuk menambahbaik bidang kurikulum, hal ehwal murid dan kokurikulum akan dapat menjana prestasi SMK Kamil yang lebih membanggakan. Sehubungan itu, saya telah menggariskan lapan Bidang Keberhasilan Utama SMK Kamil(SMK Kamil Key Result Area-SMKKKKRA) untuk tahun 2011. Lapan bidang berkenaan adalah seperti berikut:

1. Meningkatkan Kecemerlangan Pencapaian Peperiksaan Awam
2. Meningkatkan Kecemerlangan Kokurikulum
3. Melahirkan Pelajar Yang Memiliki ‘Towering Personality’
4. Meningkatkan Tahap Keceriaan dan Kebersihan Sekolah Menjadi Lebih Kondusif
5. Pelajar dapat Menguasai Fardhu Ain
6. Pengukuhan Disiplin Dan Akhlak Pelajar
7. Memperkasa Guru Sebagai Pemimpin Pengajaran(Instructional Leader)
8. Kepimpinan Berkesan(High Impact Leaderships)

Seorang guru yang berkualiti adalah guru yang bersedia untuk menerima perubahan dan sentiasa positif dalam menyumbang idea dan tenaga kea rah merealisasikan impian dan cita-cita organisasi secara kolektif dan bersama-sama ibarat kesebelasan utama pemain bolasepak di padang, setiap pemain mempunyai peranan masing-masing dalam memastikan pasukan akan mencapai kemenangan. Oleh itu, setiap orang mestilah peka dan menganggap setiap tugas yang diberikan sebagai satu amanah dan bersedia mempertingkatkan komitmen menjana kecemerlangan SMK Kamil ke mercu yang lebih gemilang.
Akhir kata, saya mengucapkan selamat berkhidmat dengan lebih cemerlang pada sesi persekolahan tahun 2011 ini kepada semua guru dan kakitangan SMK Kamil tersohor ,semoga hasilnya akan dapat kita semua nikmati menjelang pengumuman rasmi keputusan peperiksaan awam tahun 2011 nanti.
Sekian, terima kasih.

HJ ZAINUDDIN BIN HARUN

0 comments: