SMK Kamil telah dipilih sebagai tuan rumah bagi acara Anugerah Perkhidmatan Cemerlang peringkat PPD PPuteh/Machang yang akan diadakan bermula jam 2ptg 30 April 2007.Para guru dan pelajar sibuk menyediakan tempat bagi memastikan kelancaran acara yang bersejarah ini.Kakitangan/guru sekolah ini seramai 9 orang telah dianugerahkan APC pada tahun ini.
Monday, April 30, 2007
Tuan Rumah APC 2007
Posted by smkkamil at 9:41 AM 0 comments
Acara Koperasi Sekolah
Projek pelancungan koperasi sekolah telah menerima lawatan dari sekolah negeri Pahang.Tema lawatan adalah 'SUSUR GALUR PAHLAWAN KELANTAN DARUL NAIM'
Posted by smkkamil at 9:33 AM 0 comments
Kamil menang lagi....
Posted by smkkamil at 9:24 AM 0 comments
Wednesday, April 25, 2007
Pengakap Sekolah
Posted by smkkamil at 10:15 AM 1 comments
Lagi penyertaan pasukan sekolah
Pen.Kanan Ko-kurikulum En.Mohd Anuar B Ibrahim memberi motivasi terakhir kepada pemain-pemain hoki dan bola jaring sekolah keacara sukan premier yang akan di Sekolah Menengah Zainab(1) bermula dari 26April.Semoga pasukan sekolah dapat membawa balik pingat dari kejohanan tersebut.
Posted by smkkamil at 10:12 AM 0 comments
Tuesday, April 24, 2007
Monday, April 23, 2007
Penyertaaan Hari Kadet Polis Ke 37
Posted by smkkamil at 12:20 PM 0 comments
Kem Kecemerlangan STPM 2007
Posted by smkkamil at 11:56 AM 0 comments
Program Buddy Support System dan HELP
Bermula dari Bulan Januari lagi program satu jam setiap Selasa dan Khamis bertujuan dapat menggunakan B.Inggeris dalam P$P mereka.Kelihatan Pn.Azlinda(Ketua Panatia B.I)sedang membantu seorang peserta program.
Posted by smkkamil at 11:34 AM 0 comments
Sunday, April 22, 2007
Menyertai Pertandingan Forum Remaja PPD
5 orang peserta iaitu Nik Bahirah Bt Nik Mat Salleh,Asilah Fatin Bt Mohd Sapawi,Nur Diniah Bt Daud,Zuhaimi Azman,Raja Nur Iffah Bt Raja Kamarulzaman diiringi oleh En Arifin B Yaacob dan Pn Mariani Bt Yaacob akan ke Sekolah Menengah Kebangsaan Abdul Samad ,Machang untuk menyertai Forum yang bertajuk 'Penggunaan Telefon Bimbit Dalam Kalangan Pelajar'.Para pelajar telah berlatih selama 5 hari sebagai persediaan.Mereka juga menggunakan kemudahan komputer sekolah bagi membantu menyediakan teks forum.Selamat berjaya.
Posted by smkkamil at 12:59 PM 0 comments
Thursday, April 12, 2007
Program Unit Kaunseling Sekolah
Pihak unit Kaunseling telah memaklumkan beberapa program yang telah dijalankan pada tahun ini. Antarannya:
1. 15-16 Februari 2007 Program Kursus Kepimpinan Pengawas bertempat di D'Kuala Resort,Semerak.Tema ialah 'DISIPLIN PEMANGKIN MINDA KELAS PERTAMA .
2.11-21Februari 2007 Program Minggu Disiplin.Perasmian oleh DSP Mohd Kamal B Zainal,Ketua Polis Daerah Pasir Puteh.
3.20Mac 2007Seminar Peluang Melanjutkan Pelajaran Lepasan SPM dan STPM Parlimen
ADUN Semerak.
Posted by smkkamil at 12:22 PM 0 comments
Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Daerah
Pada 12April 2007 ,Sekolah kami menjadi tuan rumah sambutan Maulidur Rasul peringkat Daerah bertempat di padang sekolah dan Dewan Besar SMK Kamil. Tema tahun ini ialah 'INSAN CEMERLANG,UMMAH GEMILANG'.Perasmian disempurnakan oleh Tn Hj Kamaruddin Bin Mohd Noor.Perarakan bermula dari Masjid Ibrahimi Pasir Puteh ke padang sekolah bermula pukul 9pagi.
Posted by smkkamil at 10:04 AM 0 comments
Monday, April 9, 2007
Penyertaan Hari Keputeraan Al Sultan Kelantan
Pada 28Mac2007, 2 orang guru Pn.Kamariah Yusof serta Pn Salina bersama 10 pelajar Kelas Teknologi Kejuruteraan telah mengambik Bahagian dalam Pertandingan model Lanskap sempena Hari Keputeraan DYMM Sultan Kelantan ke 57 bertempat di Taman Orkid Pengkalan Chepa.Program ini dibawah tajaan JPS Kelantan.13 buah sekolah telah mengambil bahagian.Tema pertandingan ialah Damainya Pantai Kita.Penasihat pertandingan Pn.Kamariah apabila ditanya mengatakan adalah sangat baik pelajar didedahkan dengan rekabentuk bangunan yang mempunyai saliran yang baik.
Posted by smkkamil at 8:43 AM 0 comments
Sunday, April 8, 2007
Minggu Peperiksaan
Peperiksaan Pertengahan Penggal 1 2007 bermula 8April hingga 19April 2007.
Posted by smkkamil at 11:14 AM 0 comments
Blog SMK Kamil
Disini kami akan cuba memaparkan peristiwa harian yang berlaku disekolah ini.Sekain dari laman web resmi kami sebagai 'backup' web.
Minggu lepas(4-5 April 2007) sekolah kami telah dipilih sebagai tuan rumah pesta pantun peringkat Daerah PPuteh/Machang.
Posted by smkkamil at 9:53 AM 0 comments