Thursday, December 23, 2010
PMR 100 peratus
Posted by smkkamil at 11:56 AM 0 comments
Sunday, November 14, 2010
Thursday, November 11, 2010
Tuesday, November 9, 2010
Sunday, November 7, 2010
Monday, November 1, 2010
Sunday, October 24, 2010
Majlis Graduasi dan Anugerah Kecemerlangan Kokurikulum 2010
Posted by smkkamil at 11:22 AM 0 comments
Wednesday, October 20, 2010
Thursday, October 7, 2010
Monday, October 4, 2010
Pengetua Baru SMK Kamil Sudah Sampai
Pengetua baru SMK Kamil,Tuan Hj Zainuddin Bin Harun semalam telah disambut oleh semua guru dan staf di Dewan Besar SMK Kamil jam 12.30tgh semalam.Gambar-gambar ada di facebook Smkkamil.
Posted by smkkamil at 9:26 AM 0 comments
Thursday, September 23, 2010
Selamat Datang Kepada Tuan Pengetua Baru
Berikut adalah petikan tulisan Tuan Pengetua baru SMK Kamil ,Tn Hj Zainuddin Bin Harun dalam facebook beliau....
Bermula 1hb. September 2010 saya diarah bertukar sebagai Pengetua SMK Kamil Pasir Puteh, Kelantan.Memo pertukaran telah saya terima pada 19hb. Sepetember 2010.Saya akan mula menjalankan tugas rasmi sebagai Pengetua SMK Kamil pada 04hb. Oktober 2010 dan menyediakan nota serah tugas sebagai Pengetua SMK Cherang Ruku.
Pihak kami mengucapkan selamat datang...
Posted by smkkamil at 11:10 AM 1 comments
Monday, July 26, 2010
PERGINYANYA SEBUTIR BINTANG
Padi segemal kepuk di hulu,
Sirih di hilir merangkap junjugan;
Kepalang duduk menuntut ilmu,
Bintang sebutir jadikan intan.
Tiada siapa yang menduga, anak tani yang didodoikan ritma angin, pasang surut aliran sungai, dan lambaian dedaun kelapa itu akhirnya menjadi sebutir bintang yang tegar mengerlip di bumi bertuah ini. Tiada sesiapa juga yang menduga, bintang itu bersinar cukup gemilang hingga cahayanya terpancar ke persada profesion perguruan.
Tiada siapa yang menyangka, insan yang lebih mesra dengan panggilan “YEH” ketika mengukir nama di alam kanak-kanak dan di bangku persekolahan itu kini menjadi sebutir bintang yang bergemerlapan. Siapa menduga seorang petani En. Yaacob Abd Rahman dan Kalsom bt Omar bakal dikurniakan seorang anak lelaki tanggal 24 Julai 1952 di Kampung Sungai Kelong, Pasir Puteh, dengan penuh kasih sayang diberi nama Ashari. Namun anak itu tidak sempat bermesra dan mengenali ibu tersayang kerana ibu telah pergi meninggalkan beliau pada usia setahun.
Ashari dibesarkan di bawah jagaan datuk dan neneknya sebelah bapanya. Beliau mendapat pendidikan awalnya di SK Bukit Abal, sementara pendidikan menengahnya di SMK Bukit Jawa, SMK Kamil dan SMK Ismail Petra. Dengan tegar mencipta azam untuk menjadi insan yang dapat keluar dari kepompong kehidupan petani, berjaya membentuk jiwanya lebih bersemangat waja. Beliau terus menyambungkan pelajarannya ke Maktab Perguruan Teknik.
Beliau mula mengajar di Felda Sg Kemahan, Teriang dengan azam mendidik anak bangsa. Setahun di sana beliau mengambil peperiksaan STPM dan menyambung pelajaran ke Degree di Universiti Malaya tahun1975 dalam bidang Statistik. 1978 tamat zaman bujangnya bersama insan tersayang Pn Norani bt Che Mat.
Tanggal 1981 mengajar di Sekolah Garang Abdul Samad, Pahang. 1982 beliau pulang ke Kelantan dan di tempatkan di SMK Kamil, 1990 PKKO di SMK Cherang Ruku.1995 PKHEM SMK Gaal, 1997 PKP dan 2001 Pengetua di SMK Padang Kerla, Tanah Merah. 2003 Pengetua di SMK Kamil. Beliau mempunyai 3 orang anak 2 lelaki seorang perempuan . Hobi beliau ialah membaiki computer, explore ICT.Pada hari ini 22/07/2010 tamatlah sudah perkhidmatan beliau sebagai seorang pendidik.Terima Kasih Cikgu.Untuk hubungi beliau boleh lawati: Ashari Yaacob.blogspot.com
Posted by smkkamil at 9:16 AM 0 comments
Wednesday, July 21, 2010
Program Jogathon Amal 2010
Posted by smkkamil at 9:36 AM 0 comments
Monday, June 21, 2010
Tahniah Guru Inovasi
Posted by smkkamil at 8:28 AM 0 comments
Thursday, June 3, 2010
Pesanan Papa Pengetua Kepada Pelajar
Selepas usai bacaan Yassin pagi ini,papa telah memberikan kata-kata nasihat sempena cuti penggal pertama.Antara lain pesanannya agar para pelajar tidak terlalu membuang masa berhibur sepanjang cuti serta mana-mana kelas yang terlibat dengan kelas masa cuti diwajibkan hadir.Bagi kelas yang tiada peperiksaan awam mereka dikehendaki menyiapkan modul kelas terancang yang telah disediakan oleh guru matapelajaran.Gambar-gambar akan diupdate di facebook Smkkamil.
Posted by smkkamil at 10:06 AM 0 comments
Monday, May 17, 2010
Sunday, May 9, 2010
Peristiwa Sepanjang April Dan Mei
Diantara peristiwa penting yang berlaku di SMK Kamil ialah Perkhemahan Perdana,Jamuan Kesyukuran PMR dan SPM,Program Pemutihan serta Kem Kecemerlangan STPM.Untuk gambar-gambar lain sila ke facebook Smkkamil.
Posted by smkkamil at 9:38 AM 0 comments
Monday, April 12, 2010
Pertandingan Bola Tampar Daerah
Pada hari ini 12/04/2010 hingga 15/04/2010 akan berlangsung pertandingan Bola Tampar Peringkat PPD Pasir Puteh bertempat di SMK Kamil.
Posted by smkkamil at 9:25 AM 0 comments
Sunday, March 28, 2010
MSSD kali ke 2 2010
Posted by smkkamil at 7:18 AM 0 comments
Minggu Antidadah 2010
Posted by smkkamil at 7:14 AM 0 comments
Sunday, March 21, 2010
SPM Kamil 100%
SMK Kamil buat kali ke 8 tahun mengekalkan 100 peratus keputusan cemerlang dengan GPS 3.73.Bilangan calon tahun 2009 adalah seramai 265 orang. 2 orang calon mendapat 10 A.Mereka adalah Nor Amalina Bt Shamsuddin(PNG 3.95) serta Yap Wei Yin(PNG 3.75).13 orang pelajar diiktiraf sebagai mendapat pencapaian terbaik iaitu 10 A dan 9 A.
Posted by smkkamil at 11:50 AM 0 comments
Wednesday, March 3, 2010
STPM SMK Kamil 100 Peratus
SMK Kamil buat kali ke 4 tahun berturut-turut mengekalkan keputusan 100 peratus dalam peperiksaan STPM yang diumumkan pada hari Khamis minggu lepas.Seramai 2 orang calon telah mendapat 4P serta 17 orang calon mendapat 3P.Jumlah calon adalah seramai 32 orang.Pelajar terbaik mengikut PNGK/4 ialah NUR SYAHIRA BT MOHD YUSOF dengan PNGK/4 nya 3.17.
Posted by smkkamil at 7:45 AM 1 comments
Tuesday, March 2, 2010
Lawatan Penanda Aras Tg 6 SMK Ismail Petra
Posted by smkkamil at 9:04 AM 0 comments
Sunday, February 28, 2010
Sambutan Maulidur Rasul 2010
Sambutan dimulakan dengan perarakan dari Medan Ilmu hingga ke Dewan Besar.Diikuti dengan ceramah jemputan oleh Tn Hj Awang Hat B Mohd Noor,SMK Berangan,Tumpat.Tema tahun ini adalah 'MEMANTAPKAN UKHUWAH MEMPERKASAKAN UMMAH'.
Posted by smkkamil at 9:09 AM 0 comments
Tuesday, February 23, 2010
KOT ke 51 2010
Bermula hari Isnin hingga kemuncaknya pada hari Rabu.Perasmian oleh Dato Hj Pahamin Bin Rajab;Penasihat KAMILIAN.Sila ke facebook untuk perkembangan terkini acara.
Posted by smkkamil at 8:41 AM 1 comments
Sunday, February 7, 2010
Pelancaran Program NILAM dan Bulan Bahasa 2010
Pada pagi ini satu program pelancaran program NILAM dan Bulan Bahasa diadakan di Dewan Besar oleh Tn Pengetua SMK Kamil, Hj Ashari Bin Yaacob. Pada masa yang sama juga majlis penutup Minggu Disiplin juga diadakan.
Posted by smkkamil at 7:43 AM 0 comments
Pelancaran Minggu Penghayatan Solat 2010
Semalam program Minggu Penghayatan Solat telah diadakan di Dewan Besar SMK Kamil. Pelancaran disempurnakan oleh Tn Pengetua,Hj Ashari Bin Yaacob.Diantara program ialah ceramah oleh Ustaz Mohd Sayuti Bin Haron serta Ustaz Ahmad Termizi Bin Che Haron.
Posted by smkkamil at 7:41 AM 0 comments
Saturday, February 6, 2010
Program Minggu Penghayatan Disiplin 2010
Program bertemakan 'DISIPLIN DIUTAMAKAN KECEMERLANGAN DIREALISASI'. Perasmian disempurnakan oleh Tn Hj Mohd Rujhan B Salleh,Timbalan Ketua UMNO Bahagian Pasir Puteh.
Posted by smkkamil at 12:26 PM 0 comments
Tuesday, January 19, 2010
Majlis Perpisahan
Pada pagi ini bertempat di Medan Bestari diadakan satu majlis meraikan perpisahan Guru Kanan Sains Sosial Tuan Hj Talib B Said yang bertukar ke SMK Bukit Jawa.Pihak blogger mengucapkan selamat bertugas di tempat baru.
Posted by smkkamil at 8:10 AM 1 comments
Monday, January 4, 2010
Mesyuarat Guru Pertama Sesi 2010
Posted by smkkamil at 10:15 AM 0 comments