THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Monday, April 30, 2007

Tuan Rumah APC 2007

SMK Kamil telah dipilih sebagai tuan rumah bagi acara Anugerah Perkhidmatan Cemerlang peringkat PPD PPuteh/Machang yang akan diadakan bermula jam 2ptg 30 April 2007.Para guru dan pelajar sibuk menyediakan tempat bagi memastikan kelancaran acara yang bersejarah ini.Kakitangan/guru sekolah ini seramai 9 orang telah dianugerahkan APC pada tahun ini.






Acara Koperasi Sekolah

Projek pelancungan koperasi sekolah telah menerima lawatan dari sekolah negeri Pahang.Tema lawatan adalah 'SUSUR GALUR PAHLAWAN KELANTAN DARUL NAIM'



Kamil menang lagi....


Sekali lagi Sekolah Men Keb Kamil telah berjaya mendapat tempat ke 2 dan ke 3 dalam pertandingan bola jaring dan hoki sukan sekolah-sekolah primier peringkat negeri Kelantan yang berlangsung pada minggu lepas.

Kelihatan wakil peserta yang menyertai pertandingan menerima kalungan pingat dari Tuan Pengetua.Syabas!


Wednesday, April 25, 2007

Pengakap Sekolah


7 orang pelajar diketuai oleh Suharuddin BIbrahim(4NE),Raja Nazirul Hafizi B Raja Azid(4US),Mohammad Nazren B Mat Nawi(4AL),Nursya Julia Bt Mahmood Zuludin(4MH),Nor Hidayah Bt Mohd Nawi,Siti Nor Hidayah Bt Arifin(4UD),Mohd Sukur B Mohamad(4ZL) akan menghadiri KURSUS 5 LENCANA TERTINGGI mulai 25-28April diiringi oleh Pn.Wan Noraini Bt Wan Othman di Kem Kijang Pengkalan Chepa.

Lagi penyertaan pasukan sekolah



Pen.Kanan Ko-kurikulum En.Mohd Anuar B Ibrahim memberi motivasi terakhir kepada pemain-pemain hoki dan bola jaring sekolah keacara sukan premier yang akan di Sekolah Menengah Zainab(1) bermula dari 26April.Semoga pasukan sekolah dapat membawa balik pingat dari kejohanan tersebut.

Tuesday, April 24, 2007

Program Penggunaan Laptop PPSMI Fasa 5




Sekali lagi sekolah ini menjadi hos bengkel penggunaan laptop PPSMI.24 orang guru dari seluruh sekolah PPD PPuteh/Machang sedang mengadiri program ini.Mereka didedahkan antaranya penggunaan wireless access point untuk capaian keinternet.




Monday, April 23, 2007

Penyertaaan Hari Kadet Polis Ke 37


Setelah mendapat tempat ke 2 acara kawad peringkat PPD PPuteh/Machang pasukan kadet polis sekolah telah dijemput menyertai perbarisan sempena Hari Kadet Polis Ke 37 di PGA8 Pengkalan Chepa.Turut mengiringi 2 orang guru Pn.Hamnah Bt hanif serta Cik Wan Nooraribah Bt Ishak.

Kem Kecemerlangan STPM 2007


Bertempat Di DeMuara Resort Tok Bali selama 2 hari(17 dan 18 April); pelajar ting. 6 Atas telah mengikuti kem ini diakhiri dengan penyerahan mentor-mentee.

Program Buddy Support System dan HELP

Bermula dari Bulan Januari lagi program satu jam setiap Selasa dan Khamis bertujuan dapat menggunakan B.Inggeris dalam P$P mereka.Kelihatan Pn.Azlinda(Ketua Panatia B.I)sedang membantu seorang peserta program.

Sunday, April 22, 2007

Menyertai Pertandingan Forum Remaja PPD


5 orang peserta iaitu Nik Bahirah Bt Nik Mat Salleh,Asilah Fatin Bt Mohd Sapawi,Nur Diniah Bt Daud,Zuhaimi Azman,Raja Nur Iffah Bt Raja Kamarulzaman diiringi oleh En Arifin B Yaacob dan Pn Mariani Bt Yaacob akan ke Sekolah Menengah Kebangsaan Abdul Samad ,Machang untuk menyertai Forum yang bertajuk 'Penggunaan Telefon Bimbit Dalam Kalangan Pelajar'.Para pelajar telah berlatih selama 5 hari sebagai persediaan.Mereka juga menggunakan kemudahan komputer sekolah bagi membantu menyediakan teks forum.Selamat berjaya.

Thursday, April 12, 2007

Free Image Hosting at ImageShack.us


Acara di padang bandaran Pasir Puteh

Program Unit Kaunseling Sekolah

Pihak unit Kaunseling telah memaklumkan beberapa program yang telah dijalankan pada tahun ini. Antarannya:

1. 15-16 Februari 2007 Program Kursus Kepimpinan Pengawas bertempat di D'Kuala Resort,Semerak.Tema ialah 'DISIPLIN PEMANGKIN MINDA KELAS PERTAMA .

2.11-21Februari 2007 Program Minggu Disiplin.Perasmian oleh DSP Mohd Kamal B Zainal,Ketua Polis Daerah Pasir Puteh.

3.20Mac 2007Seminar Peluang Melanjutkan Pelajaran Lepasan SPM dan STPM Parlimen
ADUN Semerak.

Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Daerah






Pada 12April 2007 ,Sekolah kami menjadi tuan rumah sambutan Maulidur Rasul peringkat Daerah bertempat di padang sekolah dan Dewan Besar SMK Kamil. Tema tahun ini ialah 'INSAN CEMERLANG,UMMAH GEMILANG'.Perasmian disempurnakan oleh Tn Hj Kamaruddin Bin Mohd Noor.Perarakan bermula dari Masjid Ibrahimi Pasir Puteh ke padang sekolah bermula pukul 9pagi.

Monday, April 9, 2007

Penyertaan Hari Keputeraan Al Sultan Kelantan

Pada 28Mac2007, 2 orang guru Pn.Kamariah Yusof serta Pn Salina bersama 10 pelajar Kelas Teknologi Kejuruteraan telah mengambik Bahagian dalam Pertandingan model Lanskap sempena Hari Keputeraan DYMM Sultan Kelantan ke 57 bertempat di Taman Orkid Pengkalan Chepa.Program ini dibawah tajaan JPS Kelantan.13 buah sekolah telah mengambil bahagian.Tema pertandingan ialah Damainya Pantai Kita.Penasihat pertandingan Pn.Kamariah apabila ditanya mengatakan adalah sangat baik pelajar didedahkan dengan rekabentuk bangunan yang mempunyai saliran yang baik.

Sunday, April 8, 2007

Hari Pertama Peperiksaan





Keadaan Hari Pertama Peperiksaan

Minggu Peperiksaan

Peperiksaan Pertengahan Penggal 1 2007 bermula 8April hingga 19April 2007.

Blog SMK Kamil

Disini kami akan cuba memaparkan peristiwa harian yang berlaku disekolah ini.Sekain dari laman web resmi kami sebagai 'backup' web.






Minggu lepas(4-5 April 2007) sekolah kami telah dipilih sebagai tuan rumah pesta pantun peringkat Daerah PPuteh/Machang.