THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Saturday, December 26, 2009

Kamil Kekalkan Kegemilangan

SMK Kamil mengekalkan keputusan 100 peratus dalam peperiksaan PMR 2009 yang diumumkan pada hari Khamis baru baru ini. Seramai 12 orang pelajar mendapat 9A, 42 orang mendapat 8A dan 49 orang mendapat 7A. GPS sekolah ialah 1.29.

Tuesday, November 3, 2009

Hari Graduasi Sekolah

Pada 22hb Oktober baru-baru ini, satu majlis Hari Graduasi Sekolah telah diadakan di Dewan Besar SMK Kamil.Majlis disempurnakan oleh Yg Brs Hj Ismail Bin Ghazali,Pegawai Pelajaran Daerah Pasir Puteh.Pihak blogger telah mendapatkan kenyataan dari Tokoh Kamilian 2009 iaitu Nur Ain Puri.Syabas.. Klik di sini untuk gambar-gambar.

Tuesday, October 6, 2009

Majlis Izin Ilmu PMR

Satu majlis izin ilmu pelajar yang akan mengambil peperiksaan PMR diadakan di tapak perhimpunan.Majlis dimulakan dengan ucapan motivasi oleh Tuan Pengetua Hj Ashari Bin Yaacob serta doa selamat.Peperiksaan PMR akan bermula dari 7 hingga 13 Oktober 2009.

Monday, October 5, 2009

Majlis Sambutan Hari Raya Aidil Fitri 2009

Majlis sambutan hari raya oleh kelas-kelas SMK Kamil diadakan di koridor medan perhimpunan serta kantin pada hari ini selepas program solat hajat perdana PMR oleh guru ,ibubapa serta pelajar.Klik di sini untuk gambar peristiwa.

Wednesday, September 16, 2009

Majlis Penutup Tadarrus al Quran 2009

Pada pagi ini satu majlis penutup tadarrus al Quran diadakan di Dewan Besar SMK Kamil.Pada majlis tersebut diumumkan pemenang kumpulan tadarrus serta bacaan al Quran bagi Johan Tadarrus lelaki diadakan.Majlis diakhiri dengan penyampaian hadiah.

Majlis Ihya' Ramadan Dan Berbuka Puasa 2009

Majlis berkenaan diadakan pada 15 September 2009 bertempat di Dewan Besar SMK kamil.Majlis dimulakan dengan bacaan tahlil serta berakhir dengan jamuan moreh pada jam 9.30mlm.

Monday, September 14, 2009

Majlis Khatam Al Quran Asrama

Semalam telah berlangsung acara Majlis Khatam Al Quran 2009 Asrama SMK kamil.Seramai 131 orang pelajar; 49 pelajar lelaki dan 84 pelajar perempuan telah menerima hadiah kerana telah berjaya menamatkan 30 juzuk al-Quran yang bermula pada bulan Mac hingga ke bulan September.Seramai 5 orang tenaga pengajar guru fardhu ain yang dibayar elaun oleh pihak sekolah serta dibantu oleh 10 orang mentor terdiri dari guru-guru PAI SMK Kamil telah menyumbang tenaga bagi menjayakan program tersebut.Jamuan berbuka puasa diadakan sebaik sahaja tamat program tersebut.Program ini juga telah dihadiri oleh Penyelia Kanan Agama Islam PPD Pasir Puteh.Program berakhir dengan solat tarawikh.

Tuesday, September 1, 2009

Aktiviti Bulan Ramadan

Pada tahun ini sekali lagi SMK Kamil akan menganjurkan pelbagai aktiviti sepanjang bulan ramadan.Diantaranya kumpulan-kumpulan tadarus Al Quran akan bertadarus samada di kelas atau musala pada masa ketiadaan guru atau semasa matapelajaran Pendidikan Agama Islam/Sivik.Sembahyang Dhuha secara persendirian juga adalah digalakkan oleh pihak pengetua.Majlis berbuka puasa juga akan diadakan pada satu tarikh yang akan diumumkan nanti.Begitu juga kutipan zakat serta agihan zakat. Acara kemuncaknya adalah majlis khatam al quran secara besar-besaran yang akan diadakan di tapak perhimpunan dimana pelajar yang paling banyak bertadarus akan diberi hadiah.

Sunday, August 16, 2009

Taklimat Khas H1N1



Sembahyang hajat minta dijauhkan penyakit H1N1 pada hari Khamis berikutnya.


Pada pagi ini,tuan pengetua Hj Ashari B Yaacob memberi taklimat khas mengenai penyakit H1N1 kepada semua guru serta status terkini jumlah pelajar atau guru yang disyaki dijangkiti oleh virus ini.Keadaan adalah terkawal serta beliau telah meminta guru-guru dan pelajar mengambil langkah proaktif untuk berjumpa doktor sekiranya demam serta dinasihatkan tidak datang ke sekolah.SMK Kamil telah diarahkan tutup selama seminggu 10-13/08/09.

Thursday, July 23, 2009

SMK Kamil Sertai Pertandingan

Pasukan Karnival
Sains. Psukan Bahas B.I

Pasukan Silat Pada hari ini 3 pasukan dari SMK Kamil akan menyertai pertandigan Silat Peringkat Negeri,Bahas Parlimen Bahasa Inggeris dan Karnival Sains.Semoga berjaya.

Monday, July 20, 2009

SMK Kamil dikunjungi pelawat

Pada hari Ahad 19 Julai 2009 mulai jam 10.00pagi sekolah SMK Kamil telah dikunjungi oleh guru serta kakitangan sokongan seramai 60 orang dari Sekolah Men Keb Triang Hilir Jelebu ,Negeri Sembilan.Antara acara pada pagi tersebut ialah pembentangan program sekolah oleh Tuan Hj Asari B Yaacob. pengetua SMK Kamil serta ucapan balas dari pengetua sekolah pelawat.Para pelawat juga dijamu dengan nasi dagang serta dihiburkan dengan kumpulan gamelan sekolah.Klik di sini untuk melihat gambar-gambar.

Wednesday, July 15, 2009

Puteri Islam Menang

Pasukan Puteri islam SMK Kamil telah mendapat Johan Bahagian Gubahan peringkat negeri sempena Karnival Puteri Islam peringkat negeri yang berlangsung di BTPN pada 8 dan 9 Julai 2009 baru-baru ini.Mengikut guru penasihatnya, Pn Zairiha Bt Hamzah pelajar yang menang itu ialah Nurfazrin Bt Alias dan Marliyah Bt Mohd Redzuan.Kedua-duanya dari kelas 5MH.Tema gubahan adalah 'Puteri Berkualiti,Negara Terbilang'.

Tuesday, July 7, 2009

Kem Briged Bestari Negeri


Pada 2 hingga 4 Julai 2009,satu Kem Briged Bestari Peringkat Negeri telah diadakan di BTPN Pengkalan Chepa.Peserta adalah terdiri dari 6 buah sekolah bestari perdana.Setiap sekolah menghantar peserta seramai 10 orang.Pelajar didedahkan dengan asas perkakasan komputer,multimedia,rekacipta laman web,kolaborasi web dan digital photografi.Diakhir program satu ujian penilaian telah dijalankan. Bagi kategori edit photo menggunakan Adobe Photoshop pelajar Nursyafiyah Nabilah Bt Arman (2US)telah memenangi hadiah sumbangan Oracle Education Foundation.Bagi kategori Ujian online pelajar Ameer Qusairi (Ting 5UD)dan Ameer Syuib(Ting 4) juga mendapat hadiah sumbangan OEF.Tahniah kepada mereka bertiga.

Tuesday, June 30, 2009

Hari Koperasi Sekolah

Pada 27 Jun 2009(Sabtu) telah berlangsung Hari Koperasi Sekolah Dan Sivik Kewarganegaraan. Diantara aktiviti-aktiviti ialah Senamrobik,Perasmian Hari Koperasi,Motivasi Pelajar,Permainan Tradisional dan Pasaria Makanan Tradisional.Sila klik di sini untuk gambar peristiwa berkenaan.

Sunday, June 21, 2009

Program Ceramah Kerjaya

Pada pagi ini jam 9.30 pagi satu program ceramah kerjaya anjuran MMU diadakan di Dewan SMK Kamil.Para peserta terdiri dari pelajar-pelajar tingkatan 5.

Sunday, June 14, 2009

Selamat Datang Kepada CC Baru

Pihak sekolah mengucapkan 'Selamat Datang' bertugas kepada En Mahusin Bin Ab. Manaf ke Sekolah Men Keb Kamil sebagai Ketua Pembantu Tadbir yang baru bertukar dari SMK Bunut Susu, Pasir Mas.

Sunday, May 24, 2009

Selamat Bertugas Di Sek Men Keb Tok Janggut

Pihak pentadbir serta warga SMK Kamil mengucapkan tahniah serta selamat bertugas di tempat baru iaitu Sek Men Keb Tok Janggut kepada Pn Che Jah Bt Che Kob kerana kenaikan pangkat beliau sebagai Kerani Kanan(N26).Syabas!(Koleksi gambar akan menyusul kemudian).

Sunday, May 17, 2009

Majlis Sambutan Hari Guru 2009



Satu majlis sambutan Hari Guru peringkat sekolah bermula jam 7.45 hingga 2.00ptg ini bertempat di Dewan Besar SMK Kamil.Tema hari guru tahun ini ialah 'Guru Pembina Negara Bangsa' Klik di sini untuk lihat gambar.

Wednesday, May 13, 2009

Pesta Pantun 2009


Pada hari ini dan esok ,SMK Kamil menjadi tuan rumah Pesta Pantun Peringkat PPD 2009.Seramai 10 buah sekolah mengambil bahagian.Acara akhir akan berlangsung esok.Perasmian penutup akan dilakukan oleh Tn Hj.Ismail Bin Ghazali,Pegawai Pelajaran Daerah Pasir Puteh.Tema Pesta pantun tahun ini ialah 'Cemerlang Ilmu,Santun Bahasa,Teras Generasi Terbilang'.Sila klik di sini untuk gambar-gambar.Tahniah kepada pasukan pantun sekolah yang telah menjadi johan.

Monday, May 11, 2009

Pendaftaran PPUB sesi 2009

Pada pagi ini, bertempat di Dewan Besar SMK Kamil berlangsung pendaftaran pelajar-pelajar Persediaan Universiti sesi 2009.Seramai 115 orang pelajar dari 206 telah pun mendaftar.Program ini diresmikan oleh Tuan Pengetua SMK Kamil,Hj Ashari Bin Yaacob.

Sunday, May 3, 2009

Pertandingan Kawad Kaki Peringkat Sekolah 2009

Pada hari Khamis 30 hb April 2009, telah berlangsung pertandingan seperti di atas.Sebanyak 4 unit NGO serta 4 unit GO telah mengambil bahagian.Johan keseluruhan dimenangi oleh Kadet Polis Wanita.Bagi kategori GO telah dimenangi oleh Kadet Polis Wanita manakala bagi kategori NGO telah dimenangi oleh Pasukan Pandu Puteri.Sila klik di sini untuk gambar-gambar.

Wednesday, April 22, 2009

Majlis Konsultasi Ibu Bapa,Pelajar Dan Guru PMR 2009



Majlis berkenaan telah berjaya diadakan pada 20 April 2009, hari Isnin jam 2.00ptg bertempat di Dewan Besar SMK Kamil.Hampir 100% Ibu Bapa telah hadir keprogram ini.Satu ceramah motivasi oleh Tn Hj Ahmad Termizi B Hj Musa,Ketua Sektor Psikologi dan Kaunseling JPN Kelantan telah juga diberikan. Koleksi gambar peristiwa berkenaan.

Wednesday, April 15, 2009

Perkhemahan Perdana 2009

Mulai 14-16 April 2009 akan berlangsungnya aktiviti perkhemahan perdana bertempat di kem Sri Kluang,Besut,Terengganu yang melibatkan pelajar seramai 200 orang.Pemilihan pelajar Tingkatan 4 dan 5 adalah diutamakan kerana mereka perlu mendapat sijil dan mata untuk markah untuk kokurikulum.Perasmian pada hari Khamis ini jam 11.00pg oleh Tuan Pengetua SMK Kamil.Klik di sini untuk gambar.

Saturday, April 11, 2009

Seminar IPT

Satu seminar IPT bagi pelajar SPM peringkat daerah Pasir Puteh 2009 telah diadakan pada hari Khamis 09/04/2009 yang dianjurkan oleh PPD PPuteh dan Pejabat Kebajikan Masyarakat Jajahan Puteh.Penceramah Jemputan ialah Nik Nur Madihah(201A SPM 2008),Pelajar Terbaik Kelantan/Malaysia serta Bahagian Pendidikan Guru yang diwakili oleh Tn Hj Mohd Akhir B Hj Abdullah.


Untuk gambar-gambar sila klik di sini.
Klip ucapan beliau(fail mp3)
Klip video ucapan beliau(fail mp4)

Tuesday, April 7, 2009

Mesyuarat Agung PIBG kali ke 52



Mesyuarat Agung PIBG kali ke 52 serta Hari Ucapan dan Penyampaian Hadiah Akademik 2009, 5 April 2009 (Ahad)bertempat di Dewan Besar SMKKamil.Perasmian dilakukan oleh YBrs Hj Ismail B Ab Wahab,Ketua Sektor Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan JPN Kelantan.

LDP 1 2009

Pada hari Sabtu 4April 2009 telah berlangsung kursus Latihan Dalam Perkhidmatan 2009 bertempat di Dewan Bestari yang diresmikan oleh Tuan Pengetua Hj Ashari B Yaacob.Diantara pengisiannya ialah ceramah 'Integriti Dari Perspektif Islam',oleh Tn Hj Mokhtar B Abd Rahman,bekas Pensyarah Politeknik Kota Bharu.Ceramah 2 ialah ThinkQuest project dan EduWebTv.com.

Wednesday, April 1, 2009

SMK Kamil Jadi Hos MTQ



Majlis Tadarus Al-Quran dan Festival Nasyid Sekolah-Sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia Peringkat PPD Pasir Puteh Tahun 2009/1430 pada 28 Mac 2009/1 Rabiul Akhir 1430(Sabtu).
Gambar-gambar pada hari berkenaan.

Monday, March 23, 2009

Majlis Perasmian Program Bulan Bahasa

Majlis Perasmian Program Bulan Bahasa dan Pelancaran Nilam 2009 oleh Tn Hj. Ismail B Ghazali,Pegawai Pelajaran Daerah Pasir Puteh jam 8.30pagi ini.Temanya ialah 'Membaca Memperkasa Bahasa'.Sedutan ucapan beliau.Gambar-gambar aktiviti.

Sunday, March 22, 2009

Kamil Dapat 100 Peratus SPM 08


Pelajar terbaik SPM 2008.Mereka ialah Mohamad Azlan Shah B Abd Aziz dengan mendapat 101A.Seorang lagi ialah Nor Amnin Asyikin Bt Zainuddin dengan mendapat 101A dan 1 2A. Nor Ezura bt. Abdul Karim 10(1A) 2(2A) Sekitar gambar pada hari berkenaan. 16 oranag pelajar mendapat 8A ke atas. 87% pelajar berjaya mencapai minimum 1A. Lagi gambar pada hari berkenaan.

Wednesday, March 11, 2009

Keputusan STPM 2008




Seramai 10 orang daripada 21 calon pelajar telah mendapat pointer lebih dari 2.0.Selain daripada itu 2 orang pelajar terbaik ialah En Abd rahman Bin Muhamad dan En Abd Hafiz Bin Ashari.Kedua-dua mereka mendapat 5 prinsipal A.Klik di sini untuk album.
---------------------------------------------------------------
Pada 9 Mac 2009 satu lawatan oleh Dr Kapten Mohamad Faiz,angkasawan negara ke SMK Kamil untuk memberi motivasi kepada pelajar.Berikut adalah slideshow peristiwa tersebut:

Sunday, March 1, 2009

Sukantara 2009

Pada tahun ini pihak sekolah telah mengadakan sukantara menggantikan KOT seperti yang telah dijalankan pada tahun-tahun yang lalu.Rumah Kuning telah menjadi Johan pada tahun ini. Sila klik disini untuk gambar-gambar.

Saturday, February 14, 2009

Pelbagai Peristiwa Diawal Februari



Pihak pengetua memberikan derma kepada penduduk Gaza melalui Kumpulan NSTP.
Gambar-gambar pada hari berkenaan.

==========================>
15/02/2009
Program 5mins in English diperhimpunan sekolah.

Wednesday, January 28, 2009

Minggu Penghayatan Disiplin dan Program 3K

Kecemerlangan pelajar dalam bidang akademik, kokurikulum, akhlak dan sahsiah diri amatlah berkait rapat dengan keupayaan dan kesediaan mereka untuk kekal dalam amalan disiplin dan kebersihan secara berterusan. Tahap disiplin yang tinggi dan penjagaan kebersihan yang baik adalah teras kejayaan dalam proses pembelajaran.... 1 hingga 8hb Februari Pelancaran Minggu Penghayatan Disiplin dan Program 3K

Sunday, January 18, 2009

Mesyuarat Agung Unit Berunifom

Jam 1.00ptg ini akan diadakan Mesyuarat Agung Unit Berunifom.Gambar-gambar sekitar mesyuarat akan diposkan sebaik sahaja pihak pentadbir blog menerimanya.

Sunday, January 4, 2009

Komen Pemantauan Hari Pertama Oleh Pegawai JPN

Sila klik halaman berikut untuk melihat komen yang diberikan oleh En Amran Bin Ghani dari Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan mengenai proses persekolahan SMK Kamil pada hari pertama.

Perutusan Perhimpunan Pertama



atau klik di sini.

Hari Pertama Persekolahan 2009


Pendaftaran Pelajar pada tahun 2009 bermula 1 Januari 2009.Pelajar Tingkatan 1 di Dewan Besar SMK Kamil serta lain-lain kelas di kelas masing-masing.Sila klik disini untuk gambar.

Thursday, January 1, 2009

Keputusan 2008

Sekali lagi SMK Kamil mendapat 100% dalam keputusan PMR 2008. dengan 7 orang calon mendapat 9A serta 48 calon mendapat 8A.