THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Monday, July 26, 2010

PERGINYANYA SEBUTIR BINTANG

Padi segemal kepuk di hulu,
Sirih di hilir merangkap junjugan;
Kepalang duduk menuntut ilmu,
Bintang sebutir jadikan intan.

Tiada siapa yang menduga, anak tani yang didodoikan ritma angin, pasang surut aliran sungai, dan lambaian dedaun kelapa itu akhirnya menjadi sebutir bintang yang tegar mengerlip di bumi bertuah ini. Tiada sesiapa juga yang menduga, bintang itu bersinar cukup gemilang hingga cahayanya terpancar ke persada profesion perguruan.
Tiada siapa yang menyangka, insan yang lebih mesra dengan panggilan “YEH” ketika mengukir nama di alam kanak-kanak dan di bangku persekolahan itu kini menjadi sebutir bintang yang bergemerlapan. Siapa menduga seorang petani En. Yaacob Abd Rahman dan Kalsom bt Omar bakal dikurniakan seorang anak lelaki tanggal 24 Julai 1952 di Kampung Sungai Kelong, Pasir Puteh, dengan penuh kasih sayang diberi nama Ashari. Namun anak itu tidak sempat bermesra dan mengenali ibu tersayang kerana ibu telah pergi meninggalkan beliau pada usia setahun.
Ashari dibesarkan di bawah jagaan datuk dan neneknya sebelah bapanya. Beliau mendapat pendidikan awalnya di SK Bukit Abal, sementara pendidikan menengahnya di SMK Bukit Jawa, SMK Kamil dan SMK Ismail Petra. Dengan tegar mencipta azam untuk menjadi insan yang dapat keluar dari kepompong kehidupan petani, berjaya membentuk jiwanya lebih bersemangat waja. Beliau terus menyambungkan pelajarannya ke Maktab Perguruan Teknik.
Beliau mula mengajar di Felda Sg Kemahan, Teriang dengan azam mendidik anak bangsa. Setahun di sana beliau mengambil peperiksaan STPM dan menyambung pelajaran ke Degree di Universiti Malaya tahun1975 dalam bidang Statistik. 1978 tamat zaman bujangnya bersama insan tersayang Pn Norani bt Che Mat.
Tanggal 1981 mengajar di Sekolah Garang Abdul Samad, Pahang. 1982 beliau pulang ke Kelantan dan di tempatkan di SMK Kamil, 1990 PKKO di SMK Cherang Ruku.1995 PKHEM SMK Gaal, 1997 PKP dan 2001 Pengetua di SMK Padang Kerla, Tanah Merah. 2003 Pengetua di SMK Kamil. Beliau mempunyai 3 orang anak 2 lelaki seorang perempuan . Hobi beliau ialah membaiki computer, explore ICT.Pada hari ini 22/07/2010 tamatlah sudah perkhidmatan beliau sebagai seorang pendidik.Terima Kasih Cikgu.Untuk hubungi beliau boleh lawati: Ashari Yaacob.blogspot.com

Wednesday, July 21, 2010

Program Jogathon Amal 2010

Program Jogathon Amal SMK Kamil telah berjaya dijalankan semalam dengan perasmian penutup oleh Dato Hj Pahamin Bin Rajab ,Penaung Persatuan Murid Tua SMK Kamil.Beliau juga turut menyumbang RM5000.00 kepada program tersebut.Pada majlis yang sama juga beliau turut memberi sumbangan bernilai RM18000.00 sebagai biasiswa kepada pelajar miskin setiap tahun.Gambar-gambar akan diletakkan di facebook Smkkamil.