THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Wednesday, May 30, 2007

Kemaskini Tentang Pasukan Pengakap

Pasukan Pengakap Muda telah berjaya mendapat Naib Johan Negeri acara kawad kaki;mendapat Johan acara tarik tali; tempat ke 3 projek rintis; tempat ke 2 keseluruhan.

Pengakap Remaja; naib johan acara kraftangan;Johan Drama Purba;Naib Johan masakan rimba;tempat ke 3 tarik tali ;tempat ke 3 keseluruhan negeri.

Tuesday, May 29, 2007

Kompang sekolah Johan Negeri !

Sekolah ini menjadi juara kompang peringkat negeri dan akan mewakili Negeri Kelantan ke peringkat kebangsaan .Tahniah.

Sunday, May 27, 2007

Sekitar Pertandingan Kepandaian Pengakap 2007









Lebih dari 20 kemahiran akan diuji sepanjang tempoh pertandingan.Gambar aktiviti akan dimuatnaik dari semasa kesemasa.


Pihak blogger telah berjaya mendapatkan komen dari Pesuruhjaya Pengakap Negeri untuk memberi komen tentang program Jamboree Dunia yang akan berlangsung pada bulan Ogos nanti.



Yg.Brs Tuan Haji Nawi
Untuk rakaman yang lebih jelas sila klik disini.(fail mp3)

Kamil menempa nama lagi



Hari ini pasukan St John Ambulance sekolah telah mendapat tempat ke 3 Kebangsaan dalam acara nursing.
Mereka yang terlibat ialah Nurul Fatin Bt Hamzah,Nadiatul Alimi Bt Rusli,Siti NurWahida Bt Mohamad,Siti Nurhidayah Saufi dan NurAmni Asyikin Bt Zainudin.

Sementara itu pasukan Tae Kwan Do GTF sekolah telah mendapat pingat dua emas dan 10 perak dan 1 gangsa peringkat negeri. Mereka yang terlibat ialah Nur Amalina Bt Mahdawi(2 perak),Nur Aisyah Salsabila Bt Arman(2 perak),Nur Aida Bt Mat Jusoh(2 perak,1 gangsa),Yumi Aisya Bt Yuganu(3 Perak).Adika Aril B Darma(1 emas),Siti Nur Ain Bt Adli(1 emas,1 perak)






Pelajar yang menang pingat emas TKD GTF.Sekiranya tiada paparan video streaming di atas sila klik disini.

Wednesday, May 23, 2007

Ucapan Selamat Hari Guru Peringkat Sekolah

Wakil MPP Tingkatan Enam mengucapkan selamat Hari Guru peringkat sekolah sempena perayaan pada 21 Mei,2007.

Pelajar cemerlang Penggal 1

Beliau mendapat CGPA 4.0. Berikut adalah hasil temubual webmaster dengan pelajar cemerlang kelas 3 UD ini.



Sepintas gambar pelajar yang menerima anugerah dari Tuan Pengetua.


lagi gambar penerima hadiah.

Komen PK KO mengenai pencapaian Ko Kurikulum

Sila klik disini untuk mendengar komen beliau yang dibuat semasa perhimpunan mingguan baru-baru ini.

Sunday, May 20, 2007

Bahas Juara Daerah

Peserta bahas sekolah yang di wakili oleh Suhaimi Azman B Yusof,Nik Bahirah Bt Nik Mat Salleh,Nurul Najihah Bt Fakarudin,Raja Nazaifah Bt Raja Badiuzzaman dan Asilah Fatih Bt Mohd Safawi.

Sekolah Juara Pertandingan Silat

Peserta silat sekolah telah menunjuk prestasi cemerlang dikejohanan Silat peringkat Daerah.
Bagi acara senitari putera peserta Nik fahmi mendapat tempat pertama.
Bagi pesilat puteri Nur Athirah Bt Abd Razak mendapat tempat ke 2.
Bagi acara tempur putera ;Zarith B Che Zainuddin dan Mohd farid B Ismail mendapat tempat pertama.
Bagi acara tempur puteri ;Farhana bt Mohd Nasir dan Nazmilaizura Bt Mohd Lazim mendapat tempat pertama.
Acara Seni Jurus Silat peserta Azrin Fatin,Azni Syuhada,Raja Nurul Nadiah,Siti Nuratikah mendapat tempat ke 2.
Bagi acara Jurus Wajib; Mohd Iqbal,Tg Mohd Shahmi & Mohd Hafiz mendapat tempat pertama.
Bagi acara olahraga puteri; Nazmilaizura mendapat tempat pertama kategori 45-48kg;
Manakala peserta Nurul Syamizatul mendapat tempat pertama kategori 52-58kg;
Bagi olahraga putera; Ahmad Ikram mendapat tempat pertama kategori 46-48kg.

Saturday, May 19, 2007

'Rebranding' dan Pelan Induk pembangunan Pendidikan



Tuan PK Pentadbiran telah menghadiri mesyuarat mengenai 'rebranding' pada 24-26April 2007 di Plaza Hotel KL ;dirasmikan oleh Y.Brs Pengarah Pelajaran Negeri.Berikut adalah amanat beliau berdasarkan kepada mesyuarat yang telah dihadiri oleh beliau untuk dikongsi dengan rakan guru sekelian.

Definasi rebranding(fail mp3)
Klik disini sekiranya link di atas tak berfungsi.(server web smkkamil)
Ulasan menegenai aspek rebranding(fail wav).
Klik disini sekiranya link di atas tak berfungsi.(server web smkkamil)

Adalah diharapkan semua guru dapat memberi komen balas mengenai perkara ini.Soalan-soalan yang perlu dijawab oleh tuan/puan boleh didapati di halaman Think.com PK1.

***Komen dari Hj Talib B Said melalui email....
Saya mengucapkan syabas kepada pihak sekolah kerana berjaya menerbitkan sebuah buletin sekolah seperti yang ada ini. Media ini akan menjadi suatu nilai tambah kemajuan dan pencapaian sekolah dalam pelbagai bidang pengurusan, P&P dan sebagainya. Semoga penerbitan ini akan berkembang dan menjana idea warga sekolah ke arah yang lebih cemerlang pada masa hadapan.

Hj.Talib Said,
GKB.Kemanusiaan

****menambah kreativiti guru dalam memikirkan tentang keberkesanan pengajaran dan pembelajaran bilik darjah

Alias Hassan melalui email;
s/u 2 Kokurikulum
s/u 2 Peperiksaan

HJH RAZIAN ABD GHANI ;(razian61@yahoo.com.my) writes;

Saya amat setuju dan berbangga dengan penerbitan ini. Syabas diucapkan kepada yang terlibat,semoga KAMIL TERSOHOR sampai bila-bila Semoga penerbitan ini akan berkembang dan menjana idea warga sekolah ke arah yang lebih cemerlang pada masa hadapan.Insyaallah.

Pengakap SMK Kamil buat persediaan pertandingan peringkat negeri




Bertempat di SM Tok Bali seramai 17 ahli pelbagai peringkat sedang gigih berlatih untuk persiapan pertandingan keperingkat negeri di Kem Kijang.Berikut adalah ulasan Timbalan Ketua Kontingen PPuteh En.Zamri.





Beliau juga mengulas mengenai seorang pelajar kita Nur Syafikah yang akan ke England untuk Jamboree dunia pada bulan Ogos ini.Klik disini untuk mendengar ulasan beliau.

Berikut adalah komen dari Pn.Wan Noraini Ketua Kontingen Pengakap sekolah.

Thursday, May 17, 2007

Calon-calon Pengakap Raja Sekolah

Mereka ini adalah diantara calon Pengakap Raja Tahun 2007.



Semoga berjaya.

Lawatan Pegawai Kesihatan Hospital Tg Anis


Sempena minggu program minggu suaikenal pelajar-pelajar tingkatan 6 Rendah satu aktiviti pemeriksaan kesihatan serta kempen derma darah telah diadakan di bilik rawatan sekolah.Menurut ketua delegasi Hospital Tg Anis,Tn.Hj Abdullah B Abd Rahman,Penolong Pegawai Perubatan, program sebegini selalu diadakan bagi membantu menambah tabung darah hospital.



Tn Hj Abdullah sedang meyediakan peralatan untuk proses derma darah.

Keceriaan Kelas





Pertandingan keceriaan kelas bulan Feb,Mac dan April dimenangi oleh kelas 5MI.Mengikut ketua Wan Mohd Nurfirdaus b Wan Mustaffa, kelas memilih tema kelas berwarna warni sebagai aspek penting keceriaan.Mereka menceriakan kelas pada hujung minggu.Pn. Azlinda juga menaja peralatan untuk kegunaan keceriaan.
Pada perhimpunan itu juga beberapa orang pelajar telah menerima hadiah dari Tuan Pengetua.Untuk melihat gambar-gambar mereka sila klik disini untuk muat turun.(fail .PDF)

Wakili Daerah Pertandingan Bahas

Pertandingan bahas antara daerah wakili PPD PPuteh/Machang.Pesertanya ialah Nurul Naziha bt Khairudin 2NE, Nik Bahirah bt Nik Mat Salleh 5mh, Zuhaimi Azman bin Yusoff 5po. 2 orang peserta simpanan;Asilah Fatin bt Mohamad Sapawi 5mh, Raja Nur Iffah bt Raja Kamaruzaman 5ne. Latihan dijalankan seminggu sebelum pertandingan.Sila klik disini untuk melihat slide pertandingan.

Aktiviti Asrama

Asrama SMK Kamil telah menganjurkan pertandingan dorm tercantik sepanjang bulan April hingga bulan Mei 2007. Pertandingan ini dijalankan bertujuan untuk memupuk budaya menjadikan kamar atau dorm sentiasa bersih, ceria dan menarik untuk didiami dengan selesa. Ahli-ahli dorm akan sentiasa bekerjsama menjalankan rutin harian menceriakan dorm. Warden-warden dan penyelia asrama akan memantau dan menilai untuk memilih dorm yang paling bersih, kemas dan ceria. Melalui aktiviti ini asrama dapat menunjukkan contoh keadaan dorm yang sepatutnya wujud di asrama. Penghuni asarama akan terus dilatih untuk meningkatkan kualiti kebersihan dan keceriaan dorm sepanjang masa.

Oleh En Wan Ahmad Radzi ;Warden Asrama

Tuesday, May 15, 2007

Perutusan Hari Guru 2007 dari Pentadbir SMK Kamil



Hj.Ashari Bin Yaacob
Pengetua,SMK Kamil





En.Maharon Bin Hamat
Penolong Kanan Pentadbiran


Berikut adalah ucapan Selamat hari guru dari,

En.Mohd Anuar B Ibrahim(PKKO)
Pn.Hjh Norma Bt Mohd Yakzan(KBTV)

Pendaftaran Pelajar Tingkatan 6 Rendah 2007



Bertempat di dewan makan asrama lelaki Program pendaftaran Ting 6 rendah telah berjalan dengan lancarnya pada hari ini.

Pertandingan Kawad Kaki Peringkat Negeri



Hari sekolah ini menjadi tuan rumah acara Kawad kaki peringkat Negeri Kelantan.Sebanyak 5 buah sekolah telah mengambil bahagian.Upucara penyampaian hadiah disempurnakan oleh Penolong Pegawai Pendidikan Daerah PPuteh/Machang.Sila lihat klip video1, klip video2 dan klip video 3.

Pasukan kompang sekolah wakili Daerah!

Pasukan kompang sekolah sekali lagi mewakili Daerah PPuteh/Machang yang akan bertanding di Gua Musang.Sila klik disini untuk mendengar temubual dengan ketua pasukan kompang sekolah.


Sesi latihan terakhir.

Salah seorang pelajar peserta kompang adalah bukan Melayu.Klik disini untuk melihat klip video beliau.

Monday, May 14, 2007

Ucapan Perasmian Hari Ucapan serta Mesyuarat PIBG ke 50

Sila ke sini untuk melihat klip video perasmian.

Sunday, May 13, 2007

Ucapan Tuan Pengetua dihari PIBG ke 50

value="http://www.youtube.com/v/UyFwCHyFhRM">

Saturday, May 12, 2007

Sekilas pandang dihari PIBG 2007



Dapatkan slide selebihnya disini.

Thursday, May 10, 2007

Lawatan Y.Bhg Datuk Dr Zulkurnain Bin Hj Awang Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran Malaysia





Pada hari ini sekolah menerima lawatan dari Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran Malaysia, Y.Bhg Datuk Dr Zulkurnain Bin Hj Awang sempena Hari Mesyuarat Agung PIBG dan Hari Ucapan dan Anugerah Kecemerlangan pelajar 2007.

Pihak sekolah sangat berbesar hati sekiranya Y.Bhg Datuk dapat menulis komen tetamu untuk blog harian kami ini sebagai perangsang kepada seluruh warga SMK Kamil.

Today our school has been visited by the Hon. Secretary General Ministry of Education to officiate the Parents Teachers Association 50th annual meeting .
It is a great honour if Y.Bhg Datuk could give a sincere comments to our school's blog to serve as an encouragement.

Persediaan Mesyuarat Agung PIBG ke 50






Para guru dan pelajar sibuk membuat persiapan untuk acara penting bagi sekolah ini.

Monday, May 7, 2007

Lagi Penyertaan Pasukan Olahraga Sekolah

*2 orang pelajar iaitu Mohd Aizam B Mohd Aidid (Acara 1500,800m) dan Mohd Hafiq B Abd Wahab (Acara Lompat Jauh dan Lompat Kijang); akan mewakili Kelantan Ke MSSM di Kuala Lumpur dari 8-12 Mei 2007.

**Pada 15 Mei ini pasukan lari berganti-ganti sekolah ini akan menyertai kejohanan lari berganti-ganti PPD PPuteh/Machang di Kompleks Sukan Panji. Mereka adalah dibawah penyeliaan En Kamarulzaman B Abdullah.

***2 orang pelajar juga akan mewakili Kelantan dalam kejohanan bola baling MSSM Malaysia di Sabah pada 2 Jun 2007.Mereka adalah Nur Liyana Bt Mohd Rashidi dan Azrul Syafiq B Abd Kadir.

Aktiviti Asrama SMK Kamil 2007

Bermula dari 1 hingga 5 Mei 2007, Unit Asrama telah menganjurkan pertandingan Permainan,Bahas,Forum,Tadarus,Explorace,Keceriaan Dorm,Senamrobik,Sukaneka serta tayangan perdana sebagai salah satu aktiviti pelajar-pelajar yang menghuni asrama sekolah.Penyampaian hadiah kepada pelajar yang menang disempurnakan oleh Tuan pengetua pada hari perhimpunan 6 Mei 2007.Aktiviti dijalankan kebetulan minggu tersebut pelajar tidak pulang ke rumah.Mengikut Warden Pn Zaidah Bt Alias aktiviti berjalan dengan lancar serta pelajar telah sanggup menyumbang tenaga serta kewangan bagi menjayakan program tersebut.

Thursday, May 3, 2007

Sekitar Hari APC 2007


Menyambut ketibaan Yg Brs Timbalan Pengarah Pelajaran Kelantan.







Pelajar membawa masuk bunga manggar.




Para pegawai PPD sedang menunggu ketibaan Tuan Pengarah JPN