THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Thursday, October 13, 2011

Majlis Gilang Gemilang 2011


Majlis Graduasi Ko kurikulum dan Anugerah Akademik berlangsung dengan penuh warna warni di Dewan Besar SMK Kamil.Perasmian dilakukan oleh YBrs Tuan Hj Ismail Bin Ghazali, Pegawai Pelajaran Daerah Pasir Puteh Kelantan.YBgh Dato' Hj Wan Muhamad Najib Bin Mohd, Pengerusi PIBG juga turut hadir bersama-sama memeriahkan lagi majlis tersebut.

Sunday, July 31, 2011

Majlis Jamuan Persaraan Tuan Pengetua

Semalam telah diadakan satu aktiviti LDP dan diikuti dengan jamuan persaraan Pengetua SMK Kamil,Tn Hj Zainuddin Bin Harun bertempat di Hotel Riddel,Kota Bharu.

Thursday, June 16, 2011

Perkhemahan Perdana 2011

Acara tahunan ini diadakan di Rhu Datuk bermula hari Selasa hingga Khamis. Seramai 180 orang peserta mengambil bahagian. Majlis penutup disempurnakan oleh Yg Brs Tuan Hj Zainuddin Bin Harun, Pengetua SMK Kamil.

Pasukan Public Speaking Sekolah Menang

Tahniah kepada pasukan Public Speaking sekolah yang menang tanpa bertanding pada pagi ini peringkat PPD Pasir Puteh. Pertandingan diadakan di SMK Padang Pak Amat.

Tahniah Kepada Pasukan Roket Sekolah

Tahniah diucapkan kepada peserta-peserta pasukan pelancar roket peringkat negeri Kelantan yang merangkul tempat ke 2 sempena Karnival Sains dan Teknologi yang berlangsung di SMK Kutan Tumpat pada hari Isnin dan Selasa Baru-baru ini. Peserta sekolah adalah terdiri dari MUHAMMAD IZZUDDIN AZMAN (ting4), MUHAMMAD ZULHAFIZ ZAFLY (ting4),MUHAMMAD FAQIHting2)dan MUHAMMAD ALIF(ting2).

Monday, June 13, 2011

Selamat Kembali Ke Sekolah

Selamat kembali ke penggal persekolahan ke 2 kepada semua guru dan pelajar SMK Kamil.Hari ini aktiviti pemantapan minda diteruskan dengan pelajar Tingkatan 1 oleh Tuan Pengetua SMK Kamil, Tn Hj Zainuddin Bin Harun di Dewan Besar SMK Kamil.

Monday, May 16, 2011

Selamat Hari Guru 2011




Sambutan peringkat sekolah dimulakan dengan aktiviti senamrobik.

Sunday, May 15, 2011

Peristiwa Bulan Mei

Berikut adalah peristiwa-peristiwa yang telah berlaku di SMK Kamil.


1.Pendaftaran Pelajar-Pelajar Program Persediaan Universiti (PPUR SMK Kamil) 2011

Tarikh : 9 Mei 2011
Masa : 9.00 pagi
Tempat : Dewan Bestari SMK Kamil

2. Mesyuarat Agung Koperasi SMKamil 2011

Tarikh : 9 Mei 2010
Masa : 8.00 pagi
Tempat : Dewan Besar SMK Kamil

3.Pertandingan Memasak Peringkat Negeri Kelantan Di SMK Kamil 2011

Pertandingan Memasak Peringkat Negeri Kelantan Di SMK Kamil
Tarikh : 5 Mei 2011
Masa : 8.00 pagi
Tempat : Dewan Besar SMK Kamil


Pengisian : Pertandingan Memasak, Persembahan Gamelan Oleh Pelajar SMK Kamil

Gambar-gambar boleh dilihat di blog PKP

Sunday, April 24, 2011

Seminar Belajar Ke jepun

Semua pelajar di Tingkatan 5 sedang mengikuti Seminar Peluang Belajar Ke jepun dari jam 8.00pg hingga 5.00ptg ini.

SMK Kamil dikunjungi PPD PPuteh

Satu mesyuarat post-mortem SPM diadakan di Bilik Wawasan dengan dihadiri oleh Pegawai Pendidikan Daerah Pasir Puteh, Tn Hj Ismail Bin Ghazali serta rombongan.

Thursday, April 14, 2011

Penyampaian Biasiswa Kamilian 2011

Seramai 30 orang pelajar SMK Kamil akan menerima biasiswa Kamilian yang akan disampaikan oleh Penasihat Kamilian Dato' Hj Pahamin Bin A. Rajab.

Forum Kerjaya 2011

Pada pagi ini bertempat di Dewan Besar SMK Kamil, satu forum kerjaya diadakan kepada semua pelajar di tingkatan 4 dan 5.Ahli Panel terdiri dari Tn. Hj. Kharani Bin Wahab(Jurutera Jajahan), Dr Janatul Adni Bt Azmi(Pegawai Perubatan Klinik Kesihatan Jeram),En. Mohamad Dasnuki Bin Shukri(Pengurus Bank Islam Pasir Puteh) Dan En. Muhamad Yazrudin Bin Che Ya(Peguam).

Sunday, April 10, 2011

Mesyuarat PIBG Kali Ke-54

Hari Ucapan dan Penyampaian Hadiah Akademik 2011 berlangsung hari ini jam 2.00 petang.Perasmian akan dilakukan oleh Y.Bhg En Zawawi Bin Othman,Ketua UMNO Bahagian Pasir Puteh.

Sunday, April 3, 2011

Ceramah Anti Dadah 2011

Sekarang jam 7.45 pagi sedang berlangsung satu ceramah antidadah bertempat di Dewan SMK Kamil.Pelancaran oleh Tn Hj Zainuddin Bin Harun,Pengetua SMK Kamil.

Pelancaran NILAM 2011

Pada Ahad lalu 27 Mac 2011 pihak PSS telah melancarkan projek NILAM 2011 serta pelantikan pengawas pusar sumber sesi 2011.Pelancaran telah dilakukan oleh Pengetua SMK Kamil Tuan Hj Zainuddin Bin Harun.

Thursday, March 31, 2011

SMK Kamil Tuan Rumah Kawad Kaki


Bertempat di Dataran Bestari SMK Kamil sedang berlangsung satu pertandingan kawad kaki pertubuhan Kadet Polis Peringkat PPD Pasir Puteh.Sekolah ini telah menghantar satu pasukan bagi menyetai pertandingan ini.Semoga berjaya.

SMK Kamil Kekal 5 Bintang


SMK Kamil berjaya mengekalkan pencapaian SSQS 5 bintang 2 tahun berturut-turut.Tuan Pengetua Hj Zainuddin Bin Harun telah dijemput menerima sijil penghargaan dari Ketua Sektor Akademik, Yg Brs Hj Mohd Adnan Bin Mohd Noor yang mewakili Pengarah Pelajaran Negeri Kelantan.

Wednesday, March 23, 2011

Kamil Kekal 100 Peratus SPM 2010

SMK Kamil mengekalkan keputusan 100 peratus dalam peperiksaan SPM 2010. 2 orang calon telah mendapat 10 A dalam semua matapelajaran yang diambil dan 2 orang lagi calon telah mendapat 9 A dari 10 matapelajaran yang diambil.Pelajar terbaik tahun ini ialah Cik Fadlin Sakina Bt Mohd Nasru dengan mendapat semua A+.Jumlah Calon adalah seramai 176 orang.

Kuiz Sejarah Peringkat PPD 2011

SMK Kamil telah dipilih menjadi hos kepada Pertandingan Kuiz Sejarah peringkat PPD yang berlangsung di Dewan Bestari.SMK Kamil menghantar 3 orang peserta.Selamat berjaya.

Tuesday, March 22, 2011

Kejohanan MSSD 2011

SMK Kamil telah menghantar seramai 45 orang peserta kekejohanan MSSD 2011 yang berlangsung di padang sekolah SMK Kamil.Sehingga kini pasukan sekolah telah berjaya memperlolehi 13 pingat Mas, 8 pingat Perak dan 7 pingat gangsa.SMK Kamil juga masih mengekalkan tempat ke 2 dari 11 buah sekolah yang bertanding.

Tuesday, March 8, 2011

KOT 2011 Bermula


Bermula pada 7 hingga 9 Mac 2011 SMK Kamil sedang mengadakan KOTnya.Perasmian akan dilakukan oleh En, Mohd Zawawi Bin Othman, Ketua Bahagian UMNO Pasir Puteh.

Tuesday, March 1, 2011

SMK Kamil Johan Daerah Bola Tampar 2011

Tahniah kepada pasukan bola tampar sekolah lelaki 18 yang telah muncul johan pada pertandingan yang dianjurkan pada 26- 28 Feb 2011 bertempat di SMK Kamil.

Sunday, February 27, 2011

Sambutan Maulidur Rasul 2011



Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Sekolah 2011 diadakan pada pagi ini bertempat di Dewan Besar-Tema '1 Malaysia 1 Ummah.Ceramah bertajuk Akhlak Terpuji Rasulullah oleh Ustaz Hushin B Muhamad SMK Tok Janggut.


Tuesday, February 22, 2011

SMK Kamil Catat Terbaik Kecemerlangan STPM 2010




SMK Kamil masih mengekalkan 100% keputusan STPM tahun 2010 dengan seorang pelajar mendapat 3 Prinsipal A.Pelajar tesebut adalah Wan Norhanis Hanini Bt Wan Abd Hamid. Seramai 15 orang calon mendapat PNGK 2.0 ke atas daripada 22 orang calon yang mengambil peperiksaan itu.




Sunday, February 20, 2011

Majlis Penutup Minggu Disiplin 2011


Majlis disempurnakan oleh Tn Hj Zainuddin Bin Harun, Pengetua SMK Kamil.


Kursus Kepimpinan Pelajar 2011


Kursus diadakan di Redzuan Beach Resort, Melawi, Bachok dari 17- 19/02/2011.Kursus ini dirasmikan oleh Yg Brs Tn Hj Hishamuddin Bin And Rashid, Pengarah JASA, Negeri Kelantan.


Wednesday, February 16, 2011

Mesyuarat Jawatankuasa Ping Pong Peringkat Negeri



Satu mesyuarat AJK Negeri Kelantan bagi kejohanan Ping Pong telah diadakan di Bilik Gerakan SMK Kamil pagi ini.Kejohanan akan berlangsung pada 23 dan 24 Februari 2011.


Monday, February 14, 2011

Pelancaran Mentor Mentee Pelajar SPM 2011



Seramai 51 orang pelajar target straight A's telah diagihkan kepada 17 orang mentor yang diketuai oleh Pn Hjh Zaiton Bt Yusoff. Pelancaran telah dilakukan oleh Tn Hj Zainuddin Bin Harun,Pengetua SMK Kamil.




Sunday, February 13, 2011

Pelancaran Minggu Disiplin 2011



Pelancaran Minggu Disiplin dan perlantikan pengawas SMK Kamil 2011 disempurnakan oleh YDH ASP Mohd Bahar Bin Din, Ketua Cawangan Khas Polis Daerah Pasir Puteh.Tema tahun ini ialah 'Disiplin Pemangkin Generasi Unggul'.


Wednesday, February 9, 2011

Majlis Pelancaran Aktiviti Khatam Al-Quran 2011



Pelancaran oleh Tn Hj Zainuddin Bin Harun, Pengetua SMK Kamil pada 6Feb,2011, jam 7.45pagi di Medan Bestari.Tema tahun ini adalah 'AL-QURAN PEMANGKIN GENERASI RABBANI'.


Sunday, February 6, 2011

Aktiviti Asrama SMK Kamil 2011


Minggu Silaturrahim pelajar asrama telah diadakan mulai 23 - 27 Januari 2011.Majlis Perasmian Penutup telah disempurnakan oleh Tn Hj. Azmi Mohamad,Penolong PPD(Sektor Kemanusiaan).

Monday, January 24, 2011

Majlis Motivasi PPUA 2011 oleh Tuan Pengetua



Majlis berlangsung di Bilik Wawasan Pendidikan.Motivasi diberi oleh Tuan Pengetua sendiri Hj Zainuddin Bin Harun.

Saturday, January 22, 2011

Pemantauan Aktiviti Pagi Oleh Tuan Pengetua



Bermula dengan perhimpunan pagi diikuti dengan pememantauan kawasan sekolah oleh Pengetua SMK Kamil, Hj Zainuddin Bin Harun.


Wednesday, January 19, 2011

Mesyuarat Agung Rumah Sukan 2011


Mesyuarat Agung yang telah berlangsung pada hari Isnin 17 Januari 2011 di lokasi yang telah ditentukan.

Tuesday, January 18, 2011

Mesyuarat Agung Kelab Sukan Dan Permainan






Mesyuarat diadakan di lokasi yang telah ditetapkan hari ini bermula jam 1.00tgh.

Monday, January 17, 2011

Mesyuarat Agung Unit Berunifom 2011



Pada jam 1.00 petang semalam telah berlangsung mesyuarat agung unit beruniform bertempat di bilik-bilik yang telah ditetapkan.


Perhimpunan SMK Kamil Pertama Sesi 2011




Selepas mengharungi musim hujan alhamdulillah SMK Kamil telah dapat mengadakan perhimpunannya yang pertama semalam.Tuan Pengetua dan PK Hem telah menyampaikan ucapan sulong mereka masing-masing.


Monday, January 10, 2011

Majlis Motivasi Rakan Sebaya 2011










Majlis motivasi PMR 2011 bersama pelajar cemerlang PMR 2010 berlangsung jam 8.00 hingga 2.00 ptg hari ini.Perasmian oleh Tuan Hj Zainuddin Bin Harun,Pengetua SMK Kamil.Untuk koleksi gambar-gambar lain peristiwa ini sila ke Laman Maxis Cyberkid sekolah.



Thursday, January 6, 2011

Seraut Kata PK Pentadbiran SMK Kamil 2011

Pejam celik, pejam celik dah masuk tahun baru 2011. Di samping kita mencari-cari atau mereka-reka azam baru … kadang-kadang tu kita terlupa akan azam tahun lalu sama ada sudah dilaksana atau belum. Kalau sudah dilaksanakan … tahniah!!! … tapi kalau belum … kita hendaklah senantiasa muhasabah akan diri kita. Semoga tahun baru ini akan tertunailah azam tersebut di samping berazam pada tahun baru ini …
Tahun baru semestinya memberikan erti kepada kita semua. Pada saat ini adalah masa yang sesuai untuk kita menilai segala usaha yang telah kita lakukan dan hasil yang telah kita capai pada tahun yang lalu. Dengan membuat penilaian tersebut, kita boleh mengenalpasti dan mengambil tindakan yang sewajarnya untuk mengatasi segala kelemahan yang ada. Tahun baru ini kita akan menghadapi cabaran-cabaran baru yang sukar dijangka. Apa jua matlamat kita, di mana jua kita berada … Saya menaruh keyakinan pada tahun ini kita akan terus melaksanakan semua yang diamanahkan dengan penuh tanggungjawab, jujur dan bersegera atau “with a sense of urgency, responsibility and honesty”
Kepada semua pelajar dan rakan guru … saya dedikasikan Selamat Tahun Baru, Selamat Berkhidmat dan selamat belajar .Sekian, terima kasih.

Hj Mohd Razak Bin Che Yaacob,
Penolong Kanan Pentadbiran,
SMK Kamil 2011

Wednesday, January 5, 2011

Aktiviti Orientasi Ting 1 dan 4






Bermula 3 Januari hingga 6 Januari aktiviti orientasi pelajar di tingkatan 1 dan 4 berlangsung di Dewan besar SMK Kamil dan Dewan Bestari.Majlis penutup disempurnakan oleh Yg Brs Tuan Pengetua SMK Kamil, Tn Hj Zainuddin Bin Harun.