THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Wednesday, September 16, 2009

Majlis Penutup Tadarrus al Quran 2009

Pada pagi ini satu majlis penutup tadarrus al Quran diadakan di Dewan Besar SMK Kamil.Pada majlis tersebut diumumkan pemenang kumpulan tadarrus serta bacaan al Quran bagi Johan Tadarrus lelaki diadakan.Majlis diakhiri dengan penyampaian hadiah.

Majlis Ihya' Ramadan Dan Berbuka Puasa 2009

Majlis berkenaan diadakan pada 15 September 2009 bertempat di Dewan Besar SMK kamil.Majlis dimulakan dengan bacaan tahlil serta berakhir dengan jamuan moreh pada jam 9.30mlm.

Monday, September 14, 2009

Majlis Khatam Al Quran Asrama

Semalam telah berlangsung acara Majlis Khatam Al Quran 2009 Asrama SMK kamil.Seramai 131 orang pelajar; 49 pelajar lelaki dan 84 pelajar perempuan telah menerima hadiah kerana telah berjaya menamatkan 30 juzuk al-Quran yang bermula pada bulan Mac hingga ke bulan September.Seramai 5 orang tenaga pengajar guru fardhu ain yang dibayar elaun oleh pihak sekolah serta dibantu oleh 10 orang mentor terdiri dari guru-guru PAI SMK Kamil telah menyumbang tenaga bagi menjayakan program tersebut.Jamuan berbuka puasa diadakan sebaik sahaja tamat program tersebut.Program ini juga telah dihadiri oleh Penyelia Kanan Agama Islam PPD Pasir Puteh.Program berakhir dengan solat tarawikh.

Tuesday, September 1, 2009

Aktiviti Bulan Ramadan

Pada tahun ini sekali lagi SMK Kamil akan menganjurkan pelbagai aktiviti sepanjang bulan ramadan.Diantaranya kumpulan-kumpulan tadarus Al Quran akan bertadarus samada di kelas atau musala pada masa ketiadaan guru atau semasa matapelajaran Pendidikan Agama Islam/Sivik.Sembahyang Dhuha secara persendirian juga adalah digalakkan oleh pihak pengetua.Majlis berbuka puasa juga akan diadakan pada satu tarikh yang akan diumumkan nanti.Begitu juga kutipan zakat serta agihan zakat. Acara kemuncaknya adalah majlis khatam al quran secara besar-besaran yang akan diadakan di tapak perhimpunan dimana pelajar yang paling banyak bertadarus akan diberi hadiah.