THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Sunday, November 9, 2008

Latihan Dalaman

Pada Hari Sabtu 8/11/08 satu kursus yang bertajuk Pengurusan Rekod Akhir Tahun dan Persediaan Awal Tahun telah diadakan di Dewan Bestari.Pihak sekolah juga telah menjemput Ketua Sektor Pendidikan Islam JPN Kelantan, Tn Hj Abdul Razak Bin Saad untuk menyampaikan ceramah yang bertajuk 'Minda Kelas Pertama'.Petikan ceramah boleh didapati di forum sekolah atau dengan klik di sini.Sila klik disini untuk mendengar ceramah beliau(fail .mp4:perlu ada realplayer ver 10.5 ke atas).

Thursday, November 6, 2008

Tokoh Pelajar Kamilian 2008




Nur Amni Asyikin Bt Zainuddin dari Ting 5 Marikh telah muncul sebagai tokoh Kamilian 2008 pada majlis Graduasi sekolah baru-baru ini. Beliau mendapat ranking ke 2(10A,1B) serta aktif dalam kegiatan ko kurikulum.Antaranyanya beliau telah menyertai Thailand-Malaysia Border Scout Jamboree serta banyak terlibat dengan aktiviti Pasukan St.John sekolah dan telah menyertai pelbagai aktiviti diberbagai peringkat sehingga keperingkat kebangsaan.

Majlis Sembahyang Hajat

Pagi ini satu majlis sembahyang hajat SPM serta STPM kali terakhir guru,ibubapa serta pelajar diadakan di Musalla sekolah dan diimamkan oleh En.Mohd Saidi Bin Ali,Ketua Bidang Sains dan Matematik.

Wednesday, November 5, 2008

Majlis Izin Ilmu Tingkatan 5 2008

Pada pagi ini semua pelajar Tingkatan 5 serta guru yang mengajar mengadakan sesi Majlis Izin Ilmu di Dewan Besar Sekolah.Ini akan diikuti dengan Jamuan Kelas.

Saturday, January 19, 2008

Lawatan YB.Dato' Hj Noh B Hj Omar




Hari jam 9.00 pagi,satu lawatan oleh YB. Timbalan Menteri Pelajaran ke Sekolah Kebangsaan Gaal sempena Program Majlis Terima Kasih Cikgu......
Ucapan beliau boleh diikuti di sini.Klip 1 Klip 2 Klip 3
Untuk gambar peristiwa sila klik di sini

Tuesday, January 1, 2008

Selamat Tahun Baru 2008





Pihak sekolah mengucapkan tahniah serta selamat datang dan kembali ke sekolah untuk sesi 2008 kepada semua pelajar baru dan lama.Program pendaftaran pelajar bagi semua tingkatan bermula hari ini.Agihan buku teks juga telah dibuat.
Dapatkan gambar-gambar disini.