THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Thursday, December 23, 2010

PMR 100 peratus


SMK Kamil sekali lagi mengekalkan keputusan 100 peratus PMR dengan 65 orang pelajar mendapat kesemua A dalam matapelajaran yang diambil.Peningkatan jumlah calon yang mendapat semua A bertambah lebih dari 5%. berbanding tahun 2009.Tahniah.

Sunday, November 14, 2010

Majlis Persaraan Tn Hj Mat Said Bin Mohamad


Majlis Izin Ilmu PPUA 2010









Thursday, November 11, 2010

Majlis Izin Ilmu SPM 2010

Tuesday, November 9, 2010

Selamat Menduduki Peperiksaan

Kepada semua pelajar Ting 1,2 dan 4 seterusnya SPM dan STPM, kami pihak pentadbir mengucapkan selamat menempuh peperiksaan.



Jamuan Akhir Tahun Ting 3 2010


Sunday, November 7, 2010

Majlis Jamuan Akhir Tahun Guru 2010



Majlis berlangsung di Hotel Grand Reverview pada 6 November 2010.



Monday, November 1, 2010

Majlis Penutup Kem Multimedia 2010


Pada Khamis 28/10/2010 satu majlis perasmian penutup Kem Multimedia Ting. 3 telah diadakan di Dewan Bestari. Majlis telah dirasmikan oleh Ygbh. Dato' Dr Wan Suhaimi Bin Wan Daud, Pengerusi Biro Pelajaran Dan Kebajikan Persatuan Anak-Anak Kelantan(PAKATAN).

Sunday, October 24, 2010

Majlis Graduasi dan Anugerah Kecemerlangan Kokurikulum 2010



Majlis Graduasi dan Anugerah Kecemerlangan Kokurikulum 2010 SMK Kamil telah diadakan di Dewan Besar pada 21hb. Okt 2010 (Khamis).Untuk melihat gambar-gambar peristiwa pada hari berkenaan sila ke Laman Maxis Cyberkids SMK Kamil.


Wednesday, October 20, 2010

Majlis Khatam Quran 2010 pada 17 Okt. 2010 (Ahad)


Program Skor "A" STPM 2010 pada 14-16 Okt 2010


Thursday, October 7, 2010

Ucapan Sulong Pengetua SMK Kamil

Monday, October 4, 2010

Pengetua Baru SMK Kamil Sudah Sampai

Pengetua baru SMK Kamil,Tuan Hj Zainuddin Bin Harun semalam telah disambut oleh semua guru dan staf di Dewan Besar SMK Kamil jam 12.30tgh semalam.Gambar-gambar ada di facebook Smkkamil.

Thursday, September 23, 2010

Selamat Datang Kepada Tuan Pengetua Baru

Berikut adalah petikan tulisan Tuan Pengetua baru SMK Kamil ,Tn Hj Zainuddin Bin Harun dalam facebook beliau....

Bermula 1hb. September 2010 saya diarah bertukar sebagai Pengetua SMK Kamil Pasir Puteh, Kelantan.Memo pertukaran telah saya terima pada 19hb. Sepetember 2010.Saya akan mula menjalankan tugas rasmi sebagai Pengetua SMK Kamil pada 04hb. Oktober 2010 dan menyediakan nota serah tugas sebagai Pengetua SMK Cherang Ruku.

Pihak kami mengucapkan selamat datang...

Monday, July 26, 2010

PERGINYANYA SEBUTIR BINTANG

Padi segemal kepuk di hulu,
Sirih di hilir merangkap junjugan;
Kepalang duduk menuntut ilmu,
Bintang sebutir jadikan intan.

Tiada siapa yang menduga, anak tani yang didodoikan ritma angin, pasang surut aliran sungai, dan lambaian dedaun kelapa itu akhirnya menjadi sebutir bintang yang tegar mengerlip di bumi bertuah ini. Tiada sesiapa juga yang menduga, bintang itu bersinar cukup gemilang hingga cahayanya terpancar ke persada profesion perguruan.
Tiada siapa yang menyangka, insan yang lebih mesra dengan panggilan “YEH” ketika mengukir nama di alam kanak-kanak dan di bangku persekolahan itu kini menjadi sebutir bintang yang bergemerlapan. Siapa menduga seorang petani En. Yaacob Abd Rahman dan Kalsom bt Omar bakal dikurniakan seorang anak lelaki tanggal 24 Julai 1952 di Kampung Sungai Kelong, Pasir Puteh, dengan penuh kasih sayang diberi nama Ashari. Namun anak itu tidak sempat bermesra dan mengenali ibu tersayang kerana ibu telah pergi meninggalkan beliau pada usia setahun.
Ashari dibesarkan di bawah jagaan datuk dan neneknya sebelah bapanya. Beliau mendapat pendidikan awalnya di SK Bukit Abal, sementara pendidikan menengahnya di SMK Bukit Jawa, SMK Kamil dan SMK Ismail Petra. Dengan tegar mencipta azam untuk menjadi insan yang dapat keluar dari kepompong kehidupan petani, berjaya membentuk jiwanya lebih bersemangat waja. Beliau terus menyambungkan pelajarannya ke Maktab Perguruan Teknik.
Beliau mula mengajar di Felda Sg Kemahan, Teriang dengan azam mendidik anak bangsa. Setahun di sana beliau mengambil peperiksaan STPM dan menyambung pelajaran ke Degree di Universiti Malaya tahun1975 dalam bidang Statistik. 1978 tamat zaman bujangnya bersama insan tersayang Pn Norani bt Che Mat.
Tanggal 1981 mengajar di Sekolah Garang Abdul Samad, Pahang. 1982 beliau pulang ke Kelantan dan di tempatkan di SMK Kamil, 1990 PKKO di SMK Cherang Ruku.1995 PKHEM SMK Gaal, 1997 PKP dan 2001 Pengetua di SMK Padang Kerla, Tanah Merah. 2003 Pengetua di SMK Kamil. Beliau mempunyai 3 orang anak 2 lelaki seorang perempuan . Hobi beliau ialah membaiki computer, explore ICT.Pada hari ini 22/07/2010 tamatlah sudah perkhidmatan beliau sebagai seorang pendidik.Terima Kasih Cikgu.Untuk hubungi beliau boleh lawati: Ashari Yaacob.blogspot.com

Wednesday, July 21, 2010

Program Jogathon Amal 2010

Program Jogathon Amal SMK Kamil telah berjaya dijalankan semalam dengan perasmian penutup oleh Dato Hj Pahamin Bin Rajab ,Penaung Persatuan Murid Tua SMK Kamil.Beliau juga turut menyumbang RM5000.00 kepada program tersebut.Pada majlis yang sama juga beliau turut memberi sumbangan bernilai RM18000.00 sebagai biasiswa kepada pelajar miskin setiap tahun.Gambar-gambar akan diletakkan di facebook Smkkamil.

Monday, June 21, 2010

Tahniah Guru Inovasi


Tahniah kepada Pn Rohana Bt Mohd Nor kerana terpilih menjadi Guru Inovasi Peringkat Negeri Kelantan(Anugerah Guru Cemerlang:Kat Bahasa Melayu SPM).Beliau menerima anugerah tersebut pada Sambutan Perayaan Hari Guru Peringkat Negera yang berlangsung pada 20/06/2010 di SMK A Falahiah.

Thursday, June 3, 2010

Pesanan Papa Pengetua Kepada Pelajar

Selepas usai bacaan Yassin pagi ini,papa telah memberikan kata-kata nasihat sempena cuti penggal pertama.Antara lain pesanannya agar para pelajar tidak terlalu membuang masa berhibur sepanjang cuti serta mana-mana kelas yang terlibat dengan kelas masa cuti diwajibkan hadir.Bagi kelas yang tiada peperiksaan awam mereka dikehendaki menyiapkan modul kelas terancang yang telah disediakan oleh guru matapelajaran.Gambar-gambar akan diupdate di facebook Smkkamil.

Monday, May 17, 2010

Selamat Hari Guru 2010

Semalam sambutan Hari Guru Guru peringkat sekolah telah diadakan dengan meriahnya.

Sunday, May 9, 2010

Peristiwa Sepanjang April Dan Mei

Diantara peristiwa penting yang berlaku di SMK Kamil ialah Perkhemahan Perdana,Jamuan Kesyukuran PMR dan SPM,Program Pemutihan serta Kem Kecemerlangan STPM.Untuk gambar-gambar lain sila ke facebook Smkkamil.

Monday, April 12, 2010

Pertandingan Bola Tampar Daerah


Pada hari ini 12/04/2010 hingga 15/04/2010 akan berlangsung pertandingan Bola Tampar Peringkat PPD Pasir Puteh bertempat di SMK Kamil.

Sunday, March 28, 2010

MSSD kali ke 2 2010


SMK Kamil telah menghantar seramai 40 orang wakil ke kejohanan MSSD PPuteh kali kedua yang berlangsung di SMK Jeram.Pasukan sekolah telah berjaya memungut 7 pingat emas, 10 pingat perak dan 8 pingat gangsa. Pasukan sekolah telah berjaya memecah rekod MSSD dalam 3 acara iaitu Cakera 18L(Muaz B Sobri);Lompat Tinggi 15P(Noramirah Bt Mat Jubin) dan acara 400m L15(Saifudin B Salam). 10 pelajar terpilih mewakili daerah ke MSSK.

Minggu Antidadah 2010


Pada 21-25 Mac 2010 telah berlangsung Program Minggu Antidadahah peringkat sekolah.Tema tahun ini ialah '1 Malaysia membenteras dadah'.Untuk program yang lebih lanjut sila rujuk facebook.

Sunday, March 21, 2010

SPM Kamil 100%

SMK Kamil buat kali ke 8 tahun mengekalkan 100 peratus keputusan cemerlang dengan GPS 3.73.Bilangan calon tahun 2009 adalah seramai 265 orang. 2 orang calon mendapat 10 A.Mereka adalah Nor Amalina Bt Shamsuddin(PNG 3.95) serta Yap Wei Yin(PNG 3.75).13 orang pelajar diiktiraf sebagai mendapat pencapaian terbaik iaitu 10 A dan 9 A.

Wednesday, March 3, 2010

STPM SMK Kamil 100 Peratus

SMK Kamil buat kali ke 4 tahun berturut-turut mengekalkan keputusan 100 peratus dalam peperiksaan STPM yang diumumkan pada hari Khamis minggu lepas.Seramai 2 orang calon telah mendapat 4P serta 17 orang calon mendapat 3P.Jumlah calon adalah seramai 32 orang.Pelajar terbaik mengikut PNGK/4 ialah NUR SYAHIRA BT MOHD YUSOF dengan PNGK/4 nya 3.17.

Tuesday, March 2, 2010

Lawatan Penanda Aras Tg 6 SMK Ismail Petra

Pada hari Ahad lepas Sekolah SMK Kamil telah dilawati oleh SMK Ismail Petra, Kota Bharu sebagai lawatan Penanda Aras.Gambar selebihnya sila ke facebook Smkkamil.

Sunday, February 28, 2010

Sambutan Maulidur Rasul 2010

Sambutan dimulakan dengan perarakan dari Medan Ilmu hingga ke Dewan Besar.Diikuti dengan ceramah jemputan oleh Tn Hj Awang Hat B Mohd Noor,SMK Berangan,Tumpat.Tema tahun ini adalah 'MEMANTAPKAN UKHUWAH MEMPERKASAKAN UMMAH'.

Tuesday, February 23, 2010

KOT ke 51 2010

Bermula hari Isnin hingga kemuncaknya pada hari Rabu.Perasmian oleh Dato Hj Pahamin Bin Rajab;Penasihat KAMILIAN.Sila ke facebook untuk perkembangan terkini acara.

Sunday, February 7, 2010

Pelancaran Program NILAM dan Bulan Bahasa 2010

Pada pagi ini satu program pelancaran program NILAM dan Bulan Bahasa diadakan di Dewan Besar oleh Tn Pengetua SMK Kamil, Hj Ashari Bin Yaacob. Pada masa yang sama juga majlis penutup Minggu Disiplin juga diadakan.

Pelancaran Minggu Penghayatan Solat 2010

Semalam program Minggu Penghayatan Solat telah diadakan di Dewan Besar SMK Kamil. Pelancaran disempurnakan oleh Tn Pengetua,Hj Ashari Bin Yaacob.Diantara program ialah ceramah oleh Ustaz Mohd Sayuti Bin Haron serta Ustaz Ahmad Termizi Bin Che Haron.

Saturday, February 6, 2010

Program Minggu Penghayatan Disiplin 2010

Program bertemakan 'DISIPLIN DIUTAMAKAN KECEMERLANGAN DIREALISASI'. Perasmian disempurnakan oleh Tn Hj Mohd Rujhan B Salleh,Timbalan Ketua UMNO Bahagian Pasir Puteh.

Tuesday, January 19, 2010

Majlis Perpisahan

Pada pagi ini bertempat di Medan Bestari diadakan satu majlis meraikan perpisahan Guru Kanan Sains Sosial Tuan Hj Talib B Said yang bertukar ke SMK Bukit Jawa.Pihak blogger mengucapkan selamat bertugas di tempat baru.

Monday, January 4, 2010

Mesyuarat Guru Pertama Sesi 2010



Pada 29 November 2009 baru baru ini, mesyuarat guru pertama telah berlangsung di Dewan bestari SMK Kamil jam 8.30 pagi.Dalam ucapan aluannya Tuan Pengetua telah memberi penekanan kepada Sistem Pengurusan Kualiti Sekolah serta ke arah penarafan ISO 9001 versi 2008.Mesyuarat ini juga telah dihadiri oleh Yg Brs Tuan Hj Ismail Bin Ghazali,Pegawai Pelajaran Daerah Pasir Puteh yang turut memberi motivasi kepada semua guru.