THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Monday, January 24, 2011

Majlis Motivasi PPUA 2011 oleh Tuan Pengetua



Majlis berlangsung di Bilik Wawasan Pendidikan.Motivasi diberi oleh Tuan Pengetua sendiri Hj Zainuddin Bin Harun.

Saturday, January 22, 2011

Pemantauan Aktiviti Pagi Oleh Tuan Pengetua



Bermula dengan perhimpunan pagi diikuti dengan pememantauan kawasan sekolah oleh Pengetua SMK Kamil, Hj Zainuddin Bin Harun.


Wednesday, January 19, 2011

Mesyuarat Agung Rumah Sukan 2011


Mesyuarat Agung yang telah berlangsung pada hari Isnin 17 Januari 2011 di lokasi yang telah ditentukan.

Tuesday, January 18, 2011

Mesyuarat Agung Kelab Sukan Dan Permainan






Mesyuarat diadakan di lokasi yang telah ditetapkan hari ini bermula jam 1.00tgh.

Monday, January 17, 2011

Mesyuarat Agung Unit Berunifom 2011



Pada jam 1.00 petang semalam telah berlangsung mesyuarat agung unit beruniform bertempat di bilik-bilik yang telah ditetapkan.


Perhimpunan SMK Kamil Pertama Sesi 2011




Selepas mengharungi musim hujan alhamdulillah SMK Kamil telah dapat mengadakan perhimpunannya yang pertama semalam.Tuan Pengetua dan PK Hem telah menyampaikan ucapan sulong mereka masing-masing.


Monday, January 10, 2011

Majlis Motivasi Rakan Sebaya 2011










Majlis motivasi PMR 2011 bersama pelajar cemerlang PMR 2010 berlangsung jam 8.00 hingga 2.00 ptg hari ini.Perasmian oleh Tuan Hj Zainuddin Bin Harun,Pengetua SMK Kamil.Untuk koleksi gambar-gambar lain peristiwa ini sila ke Laman Maxis Cyberkid sekolah.



Thursday, January 6, 2011

Seraut Kata PK Pentadbiran SMK Kamil 2011

Pejam celik, pejam celik dah masuk tahun baru 2011. Di samping kita mencari-cari atau mereka-reka azam baru … kadang-kadang tu kita terlupa akan azam tahun lalu sama ada sudah dilaksana atau belum. Kalau sudah dilaksanakan … tahniah!!! … tapi kalau belum … kita hendaklah senantiasa muhasabah akan diri kita. Semoga tahun baru ini akan tertunailah azam tersebut di samping berazam pada tahun baru ini …
Tahun baru semestinya memberikan erti kepada kita semua. Pada saat ini adalah masa yang sesuai untuk kita menilai segala usaha yang telah kita lakukan dan hasil yang telah kita capai pada tahun yang lalu. Dengan membuat penilaian tersebut, kita boleh mengenalpasti dan mengambil tindakan yang sewajarnya untuk mengatasi segala kelemahan yang ada. Tahun baru ini kita akan menghadapi cabaran-cabaran baru yang sukar dijangka. Apa jua matlamat kita, di mana jua kita berada … Saya menaruh keyakinan pada tahun ini kita akan terus melaksanakan semua yang diamanahkan dengan penuh tanggungjawab, jujur dan bersegera atau “with a sense of urgency, responsibility and honesty”
Kepada semua pelajar dan rakan guru … saya dedikasikan Selamat Tahun Baru, Selamat Berkhidmat dan selamat belajar .Sekian, terima kasih.

Hj Mohd Razak Bin Che Yaacob,
Penolong Kanan Pentadbiran,
SMK Kamil 2011

Wednesday, January 5, 2011

Aktiviti Orientasi Ting 1 dan 4






Bermula 3 Januari hingga 6 Januari aktiviti orientasi pelajar di tingkatan 1 dan 4 berlangsung di Dewan besar SMK Kamil dan Dewan Bestari.Majlis penutup disempurnakan oleh Yg Brs Tuan Pengetua SMK Kamil, Tn Hj Zainuddin Bin Harun.

Monday, January 3, 2011

Perutusan Tahun Baru 2011 Pengetua SMK Kamil


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera dan salam 1 Malaysia.
Bersyukur saya ke hadrat ilahi kerana dengan izin dan limpah kurnianya, SMK Kamil melangkah ke tahun 2011.

Impian sekolah adalah untuk membentuk sebuah organisasi yang mampu mengadaptasi, dinamik, dan berkembang sebagai respons kepada keperluan dan aspirasi pendidikan. Saya berkeyakinan bahawa dengan segala usaha dan perancangan untuk menambahbaik bidang kurikulum, hal ehwal murid dan kokurikulum akan dapat menjana prestasi SMK Kamil yang lebih membanggakan. Sehubungan itu, saya telah menggariskan lapan Bidang Keberhasilan Utama SMK Kamil(SMK Kamil Key Result Area-SMKKKKRA) untuk tahun 2011. Lapan bidang berkenaan adalah seperti berikut:

1. Meningkatkan Kecemerlangan Pencapaian Peperiksaan Awam
2. Meningkatkan Kecemerlangan Kokurikulum
3. Melahirkan Pelajar Yang Memiliki ‘Towering Personality’
4. Meningkatkan Tahap Keceriaan dan Kebersihan Sekolah Menjadi Lebih Kondusif
5. Pelajar dapat Menguasai Fardhu Ain
6. Pengukuhan Disiplin Dan Akhlak Pelajar
7. Memperkasa Guru Sebagai Pemimpin Pengajaran(Instructional Leader)
8. Kepimpinan Berkesan(High Impact Leaderships)

Seorang guru yang berkualiti adalah guru yang bersedia untuk menerima perubahan dan sentiasa positif dalam menyumbang idea dan tenaga kea rah merealisasikan impian dan cita-cita organisasi secara kolektif dan bersama-sama ibarat kesebelasan utama pemain bolasepak di padang, setiap pemain mempunyai peranan masing-masing dalam memastikan pasukan akan mencapai kemenangan. Oleh itu, setiap orang mestilah peka dan menganggap setiap tugas yang diberikan sebagai satu amanah dan bersedia mempertingkatkan komitmen menjana kecemerlangan SMK Kamil ke mercu yang lebih gemilang.
Akhir kata, saya mengucapkan selamat berkhidmat dengan lebih cemerlang pada sesi persekolahan tahun 2011 ini kepada semua guru dan kakitangan SMK Kamil tersohor ,semoga hasilnya akan dapat kita semua nikmati menjelang pengumuman rasmi keputusan peperiksaan awam tahun 2011 nanti.
Sekian, terima kasih.

HJ ZAINUDDIN BIN HARUN

Pendaftaran Tahun 2011





Pada 1 Januari 2011 pendaftaran pelajar baru Tingkatan 1 dan Tingkatan-tingkatan yang lain berlangsung di Dewan besar SMK Kamil dan di kelas masing-masing.