THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Wednesday, April 22, 2009

Majlis Konsultasi Ibu Bapa,Pelajar Dan Guru PMR 2009



Majlis berkenaan telah berjaya diadakan pada 20 April 2009, hari Isnin jam 2.00ptg bertempat di Dewan Besar SMK Kamil.Hampir 100% Ibu Bapa telah hadir keprogram ini.Satu ceramah motivasi oleh Tn Hj Ahmad Termizi B Hj Musa,Ketua Sektor Psikologi dan Kaunseling JPN Kelantan telah juga diberikan. Koleksi gambar peristiwa berkenaan.

Wednesday, April 15, 2009

Perkhemahan Perdana 2009

Mulai 14-16 April 2009 akan berlangsungnya aktiviti perkhemahan perdana bertempat di kem Sri Kluang,Besut,Terengganu yang melibatkan pelajar seramai 200 orang.Pemilihan pelajar Tingkatan 4 dan 5 adalah diutamakan kerana mereka perlu mendapat sijil dan mata untuk markah untuk kokurikulum.Perasmian pada hari Khamis ini jam 11.00pg oleh Tuan Pengetua SMK Kamil.Klik di sini untuk gambar.

Saturday, April 11, 2009

Seminar IPT

Satu seminar IPT bagi pelajar SPM peringkat daerah Pasir Puteh 2009 telah diadakan pada hari Khamis 09/04/2009 yang dianjurkan oleh PPD PPuteh dan Pejabat Kebajikan Masyarakat Jajahan Puteh.Penceramah Jemputan ialah Nik Nur Madihah(201A SPM 2008),Pelajar Terbaik Kelantan/Malaysia serta Bahagian Pendidikan Guru yang diwakili oleh Tn Hj Mohd Akhir B Hj Abdullah.


Untuk gambar-gambar sila klik di sini.
Klip ucapan beliau(fail mp3)
Klip video ucapan beliau(fail mp4)

Tuesday, April 7, 2009

Mesyuarat Agung PIBG kali ke 52



Mesyuarat Agung PIBG kali ke 52 serta Hari Ucapan dan Penyampaian Hadiah Akademik 2009, 5 April 2009 (Ahad)bertempat di Dewan Besar SMKKamil.Perasmian dilakukan oleh YBrs Hj Ismail B Ab Wahab,Ketua Sektor Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan JPN Kelantan.

LDP 1 2009

Pada hari Sabtu 4April 2009 telah berlangsung kursus Latihan Dalam Perkhidmatan 2009 bertempat di Dewan Bestari yang diresmikan oleh Tuan Pengetua Hj Ashari B Yaacob.Diantara pengisiannya ialah ceramah 'Integriti Dari Perspektif Islam',oleh Tn Hj Mokhtar B Abd Rahman,bekas Pensyarah Politeknik Kota Bharu.Ceramah 2 ialah ThinkQuest project dan EduWebTv.com.

Wednesday, April 1, 2009

SMK Kamil Jadi Hos MTQ



Majlis Tadarus Al-Quran dan Festival Nasyid Sekolah-Sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia Peringkat PPD Pasir Puteh Tahun 2009/1430 pada 28 Mac 2009/1 Rabiul Akhir 1430(Sabtu).
Gambar-gambar pada hari berkenaan.