THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Sunday, May 24, 2009

Selamat Bertugas Di Sek Men Keb Tok Janggut

Pihak pentadbir serta warga SMK Kamil mengucapkan tahniah serta selamat bertugas di tempat baru iaitu Sek Men Keb Tok Janggut kepada Pn Che Jah Bt Che Kob kerana kenaikan pangkat beliau sebagai Kerani Kanan(N26).Syabas!(Koleksi gambar akan menyusul kemudian).

Sunday, May 17, 2009

Majlis Sambutan Hari Guru 2009



Satu majlis sambutan Hari Guru peringkat sekolah bermula jam 7.45 hingga 2.00ptg ini bertempat di Dewan Besar SMK Kamil.Tema hari guru tahun ini ialah 'Guru Pembina Negara Bangsa' Klik di sini untuk lihat gambar.

Wednesday, May 13, 2009

Pesta Pantun 2009


Pada hari ini dan esok ,SMK Kamil menjadi tuan rumah Pesta Pantun Peringkat PPD 2009.Seramai 10 buah sekolah mengambil bahagian.Acara akhir akan berlangsung esok.Perasmian penutup akan dilakukan oleh Tn Hj.Ismail Bin Ghazali,Pegawai Pelajaran Daerah Pasir Puteh.Tema Pesta pantun tahun ini ialah 'Cemerlang Ilmu,Santun Bahasa,Teras Generasi Terbilang'.Sila klik di sini untuk gambar-gambar.Tahniah kepada pasukan pantun sekolah yang telah menjadi johan.

Monday, May 11, 2009

Pendaftaran PPUB sesi 2009

Pada pagi ini, bertempat di Dewan Besar SMK Kamil berlangsung pendaftaran pelajar-pelajar Persediaan Universiti sesi 2009.Seramai 115 orang pelajar dari 206 telah pun mendaftar.Program ini diresmikan oleh Tuan Pengetua SMK Kamil,Hj Ashari Bin Yaacob.

Sunday, May 3, 2009

Pertandingan Kawad Kaki Peringkat Sekolah 2009

Pada hari Khamis 30 hb April 2009, telah berlangsung pertandingan seperti di atas.Sebanyak 4 unit NGO serta 4 unit GO telah mengambil bahagian.Johan keseluruhan dimenangi oleh Kadet Polis Wanita.Bagi kategori GO telah dimenangi oleh Kadet Polis Wanita manakala bagi kategori NGO telah dimenangi oleh Pasukan Pandu Puteri.Sila klik di sini untuk gambar-gambar.