THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Saturday, June 30, 2007

Program Motivasi Ke IbuBapaan








Satu program anjuran Jawatankuasa Kebajikan Kanak-Kanak Daerah Pasir Puteh telah berlangsung di Dewan Besar SMK Kamil dimana Tn Hj Mayuti Kaunselor Sekolah telah menjadi Penyelaras Program. Antara kandungan program ialah Ceramah Pendidikan Keibubapaan oleh Tn.Hj Mokhtar B Hj Ismail berkongsi pengalaman mendidik anak-anak yang cemerlang.Majlis penutupan oleh YB.Tn Hj Kamarudin Bin Md. Noor ADUN SEMERAK.

Program Gotong Royong Menanam Pokok











Hari ini setiap unit ko kurikulum telah diberi sepohon pokok sebagai projek angkat menghijaukan kawasan sekolah.Program disempurnakan oleh Tuan Hj Ashari B Yaacob;Pengetua SMK Kamil.
Sekitar slaid program tersebut.

Wednesday, June 27, 2007

PK Pentadbiran memberi motivasi ICT dalam Pembelajaran




Hari ini Tuan PK Pentadbiran memberikan motivasi kepada kelas 5 Marikh tentang interactive learning software yang diterajui oleh En Wan Ahmad Radhi di makmal pengkomputeran yang baru.Pelajar buat pertama kalinya begitu gembira sekali menggunakan aplikasi ini.

Sunday, June 24, 2007

Kursus Pemeriksaan P Islam dan B Arab






SMK Kamil menjadi pusat kursus oleh Unit Agama PPD PPuteh/Machang pada hari Sabtu 23Jun 2007.
Dapatkan gambar peristiwa disini.(Ihsan Lifeblog Nokia)


Friday, June 22, 2007

Sekitar peristiwa Perjumpaan Ibubapa T5













Gambar Perjumpaan Ibubapa T5 yang sempat dirakam blogger.Koleksi gambar boleh didapati dengan tekan disini(Ihsan Nokia Lifeblog)

Ikutilah sedutan ceramah motivasi oleh Prof Madya Dr Ahmad Faiz B Ab Hamid.

Perasmian Perjumpaan Ibubapa T5




Tn Hj Ismail B Ghazali sedang berucap merasmikan program.



[More videos from gpbsmkk]

Program Motovasi Ibubapa Ting 5



Semalam program tersebut dirasmikan oleh Tn Hj Ismail PPD PPuteh/Machang.Penceramah jemputan adalah Prof Madya Datuk Ahamad faiz B Abd Hamid TNC UUM.

Bahas ASAT mara ke peringkat akhir

Pasukan Bahas Asrama berjaya mara keperingkat akhir yang sedang berlangsung di Gua Musang.Berita lanjut akan dikemaskini.

Tuesday, June 19, 2007

Lawatan Guru ROS


Seramai 6 orang pelajar Fakulti Pendidikan UPSI mengikuti program ROS disekolah ini.

Monday, June 18, 2007

Bahas Bahasa Melayu ke Peringkat Negeri

Laporan Pertandingan Bahas Bahasa Melayu Ala Parlimen Peringkat Negeri.

Tarikh: 18 Jun 2007Tempat: SK Padang Garong, Kota Bharu.
SMK Kamil yang mewakili Pasir Puteh-Bachok bertindak sebagai Pembangkang hanya berjaya mara ke pusingan yang pertama sahaja. Pembahas sekolah terdiri daripada:1. Zuhaimi Azman Yusoff 2. Nik Bahirah Nik Mat Salleh 3. Nurul Nazihah Khairuddin 4. Raja Nur Iffah Raja Kamaruzaman 5. Fatin Asilah Mohd Sapawi.

.....sumbangan En.Juhaidi B Abdullah

2 wakil KRS sekolah keperingkat negeri

Kadet Remaja Sekolah seramai 8 orang 2l,6p;di Rhu Datuk Tok Bali pada 11-13Jun;peringkat ppd pputeh/machang;dirasmikan oleh penyelia ko ko pasir puteh.acara yg dipertandingkan ialah kawad kaki;xplorasi;masakan rimba;kraftangan;persembahan dan kebudayaan.peserta dibhg kpd 4 kumpulan utk melihat kepimpinan pelajar utk dipilih menyertai keperingkat perkhemahan ng diKem panglima pusu 40 yang sedang berlansung sekarang.Seramai 2 peserta 1 l;1p telah terpilih utk keperkhemahan tersebut;kerana telah memenangi acara xplorasi.

--sumbangan En.Nurhijuddin Mohamad;Penasihat KRS

Sunday, June 17, 2007

Lagi program Ko-ko sekolah

Pasukan Kadet Polis telah mendapat Johan dalam acara pandu arah serta tempat ke 3 persembahan kebudayaan sempena perkhemahan peringkat Daerah baru-bari ini.

...laporan oleh Pn.Hamnah Bt Hanif melalui sms;

Manakala En.Kamarulzaman B Abdullah melaporkan melalui sms; Olahraga Mohd Aizam B Mohd Aidid mendapat pingat gangsa acara 800m dan 4X400m relay antara sekolah peringkat negeri.8 pasukan telah mengambil bahagian.
Pasukan 4X100m lelaki dan perempuan tingkatan 4 mendapat pingat emas.

Manakala pasukan Kadet Pertahanan Awam sedang mengikuti perkhemahan peringkat negeri di taman rehlah Tok Bali seramai 15orang dari 14-18 Jun.

Pasukan Bola Baling seramai 3 orang pelajar mewakili negeri Kelantan ke MSSM di Sabah.

Lawatan Pegawai Unit ICT JPN



3 orang pegawai diketuai oleh Tn Hj Mohamed B Abdullah telah datang memberikan pendedahan penggunaan aplikasi NET SUPPORT kepada 16 0rang guru sekolah ini.

Sila klik disini untuk peristiwa bergambar.

Saturday, June 16, 2007

Pengurus Buku Kehadiran Cemerlang






Pn.Azlinda Anuar telah dipilh oleh pihak pengurusansekolah sebagai pengurus buku kehadiran pelajar yang telah mengikut piawai serta sasaran yang telah ditetapkan.Well Done!


Kamil Johan 3 acara ASAT

Pasukan Asrama sekolah telah muncul johan dalam acara bahas,pidato serta catur lelaki dalam pertandingan ASAT tahun ini.Pasukan laman web asrama juga telah mendapat tempat kedua.Pihak blogger telah diberitahu oleh Saudara Muhd Adib selaku ketua webmaster ,bahawa laman smkamil.blogspot telah membantu memenangi acara ini kerana terdapatnya pelbagai elemen hypermedia didalamnya serta bersifat interaktif ;begitu menurut komen para pengadil.
Sebahagian dari gambar acara serta peristiwa boleh didapati dengan menuruti link ini.(ihsan Nokia Lifeblog 14days trial)

Monday, June 11, 2007

Pasukan Nasyid Asrama

Pasukan nasyid asrama akan menyertai pertandingan ASAT peringkat PPuteh/Machang pada hari Sabtu ini di Sek Men Agama Wataniah Machang.Selamat berjaya.

Lihat klip video latihan(fail mp4,sila muat turun quicktime ver 7.1 ke atas utk paparan) atau klik disini(fail hosting backup)

Komen Ketua Pelajar SMK Kamil 2007


Asalamualaikum dan bersyukur kehadrat ilahi kerana dengan limpah kurnianya saya dapat memberi pndangan saya tentang akhbar multimedia kamil ini.saya rasa amat bersyukur dengan kehadiran akhbar ini kerana ia merupakan satu platform yg baik untuk para pelajar dan juga sekolah. kelahiran akhbar ini menyerlahkan lagi aura kamil di mata dunia. impak positif boleh dilihat dari segi reputasi sekolah kerana dengan kelahiran akhbar ini akan menaikkan nama smk kamil sebagai sekolah yang celik it.para pelajar patut merasa bangga kerana mempunyai sekolah yang berwawasan tinggi dalam bidang ict. akhbar sekolah tidak boleh disamakan dengan majalah sekolah kerana akhbar ini menyiarkan perkara yg berlaku setiap hari. majalah sekolah hanya diterbitkan sekali setahun. para pelajar patut menggunakan akhbar sebagai satu platform untuk mengetengahkan bakat pelajar. masyarakat juga dapat mengenali smk kamil dengan lebih dekat lagi.
Melalui penggunaan akhbar ini. masyarakat akan didedahkan lagi dengan apa yang berlaku di smk kamil. akhir kata dengan kewujudan akhbar ini merupakan satu cabang multimedia yang baik untuk para pelajar. sekian .


wassalam.

Ketua Pelajar 2007
Muhammad Ershad b. Aminuddin
6AS2
e_shark02@yahoo.com

Program Bersama Pengetua Pelajar Tingkatan 1 dan 2




Pagi ini satu program motivasi bersama Tuan Pengetua diadakan di Dewan Besar SMK Kamil.Pihak sekolah menerangkan mengenai 'headcount' serta target pelajar.
Sila klik disini untuk melihat klip video program.

Aktiviti pasukan unit uniform



Pada pagi ini 2 unit iaitu ;perkhemahan KRS peringkat PPD PPuteh/Machang bermula 11-13 Jun di Teluk Datuk Tok Bali Pasir Puteh.Seramai 8 orang peserta terlibat diketuai oleh Nur Syafikah tingkatan 5MH.Program ini adalah untuk memilih wakil keperingkat negeri Kelantan.Manakala unit Silat seramai lebih 20 orang menyertai pertandingan Silat peringkat negeri Kelantan bertempat di BTPN Pengkalan Chepa.Maklumat lanjut akan dikemaskini setelah pihak bolgger mendapat komen dari guru penasihat iaitu En.Mat Yassim B Semail.

Sunday, June 10, 2007

Perhimpunan Pertama Penggal Ke 2

Klip video ucapan Kaunselor sekolah,Tn Hj Mayuti(dalam video streaming)

Klip video ucapan Tuan Pengetua pada perhimpunan pertama penggal ke 2.
Ucapan Tuan Pengetua SMK Kamil(fail mp3)

Sekitar Acara Penerimaan Hadiah/Pingat Pelajar
















Pelajar-pelajar menerima penghargaan dari Tuan Pengetua semasa perhimpunan hari ini dalam acara Tae Kwan Do GTF serta Kompang,Bintang dan St.John Ambulance.
Ikuti pengumuman(fail mp3) En Mohd Iskandar guru muzik mengenai pencapaian pelajar dalam pertandingan Bakat serta kompang.
Disertakan klip nyanyian oleh Pelajar Sakunie a/p Sawai dari Ting 3NE,yang telah memenangi acara Bintang Ko Akademik Naib Johan Negeri 2007.