THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Monday, September 14, 2009

Majlis Khatam Al Quran Asrama

Semalam telah berlangsung acara Majlis Khatam Al Quran 2009 Asrama SMK kamil.Seramai 131 orang pelajar; 49 pelajar lelaki dan 84 pelajar perempuan telah menerima hadiah kerana telah berjaya menamatkan 30 juzuk al-Quran yang bermula pada bulan Mac hingga ke bulan September.Seramai 5 orang tenaga pengajar guru fardhu ain yang dibayar elaun oleh pihak sekolah serta dibantu oleh 10 orang mentor terdiri dari guru-guru PAI SMK Kamil telah menyumbang tenaga bagi menjayakan program tersebut.Jamuan berbuka puasa diadakan sebaik sahaja tamat program tersebut.Program ini juga telah dihadiri oleh Penyelia Kanan Agama Islam PPD Pasir Puteh.Program berakhir dengan solat tarawikh.

Tuesday, September 1, 2009

Aktiviti Bulan Ramadan

Pada tahun ini sekali lagi SMK Kamil akan menganjurkan pelbagai aktiviti sepanjang bulan ramadan.Diantaranya kumpulan-kumpulan tadarus Al Quran akan bertadarus samada di kelas atau musala pada masa ketiadaan guru atau semasa matapelajaran Pendidikan Agama Islam/Sivik.Sembahyang Dhuha secara persendirian juga adalah digalakkan oleh pihak pengetua.Majlis berbuka puasa juga akan diadakan pada satu tarikh yang akan diumumkan nanti.Begitu juga kutipan zakat serta agihan zakat. Acara kemuncaknya adalah majlis khatam al quran secara besar-besaran yang akan diadakan di tapak perhimpunan dimana pelajar yang paling banyak bertadarus akan diberi hadiah.

Sunday, August 16, 2009

Taklimat Khas H1N1



Sembahyang hajat minta dijauhkan penyakit H1N1 pada hari Khamis berikutnya.


Pada pagi ini,tuan pengetua Hj Ashari B Yaacob memberi taklimat khas mengenai penyakit H1N1 kepada semua guru serta status terkini jumlah pelajar atau guru yang disyaki dijangkiti oleh virus ini.Keadaan adalah terkawal serta beliau telah meminta guru-guru dan pelajar mengambil langkah proaktif untuk berjumpa doktor sekiranya demam serta dinasihatkan tidak datang ke sekolah.SMK Kamil telah diarahkan tutup selama seminggu 10-13/08/09.

Thursday, July 23, 2009

SMK Kamil Sertai Pertandingan

Pasukan Karnival
Sains. Psukan Bahas B.I

Pasukan Silat Pada hari ini 3 pasukan dari SMK Kamil akan menyertai pertandigan Silat Peringkat Negeri,Bahas Parlimen Bahasa Inggeris dan Karnival Sains.Semoga berjaya.

Monday, July 20, 2009

SMK Kamil dikunjungi pelawat

Pada hari Ahad 19 Julai 2009 mulai jam 10.00pagi sekolah SMK Kamil telah dikunjungi oleh guru serta kakitangan sokongan seramai 60 orang dari Sekolah Men Keb Triang Hilir Jelebu ,Negeri Sembilan.Antara acara pada pagi tersebut ialah pembentangan program sekolah oleh Tuan Hj Asari B Yaacob. pengetua SMK Kamil serta ucapan balas dari pengetua sekolah pelawat.Para pelawat juga dijamu dengan nasi dagang serta dihiburkan dengan kumpulan gamelan sekolah.Klik di sini untuk melihat gambar-gambar.

Wednesday, July 15, 2009

Puteri Islam Menang

Pasukan Puteri islam SMK Kamil telah mendapat Johan Bahagian Gubahan peringkat negeri sempena Karnival Puteri Islam peringkat negeri yang berlangsung di BTPN pada 8 dan 9 Julai 2009 baru-baru ini.Mengikut guru penasihatnya, Pn Zairiha Bt Hamzah pelajar yang menang itu ialah Nurfazrin Bt Alias dan Marliyah Bt Mohd Redzuan.Kedua-duanya dari kelas 5MH.Tema gubahan adalah 'Puteri Berkualiti,Negara Terbilang'.

Tuesday, July 7, 2009

Kem Briged Bestari Negeri


Pada 2 hingga 4 Julai 2009,satu Kem Briged Bestari Peringkat Negeri telah diadakan di BTPN Pengkalan Chepa.Peserta adalah terdiri dari 6 buah sekolah bestari perdana.Setiap sekolah menghantar peserta seramai 10 orang.Pelajar didedahkan dengan asas perkakasan komputer,multimedia,rekacipta laman web,kolaborasi web dan digital photografi.Diakhir program satu ujian penilaian telah dijalankan. Bagi kategori edit photo menggunakan Adobe Photoshop pelajar Nursyafiyah Nabilah Bt Arman (2US)telah memenangi hadiah sumbangan Oracle Education Foundation.Bagi kategori Ujian online pelajar Ameer Qusairi (Ting 5UD)dan Ameer Syuib(Ting 4) juga mendapat hadiah sumbangan OEF.Tahniah kepada mereka bertiga.